Hiburan

"Yang Panggil Farah Retis Retis Tu Personally I Don't Like It & I Found It Annoying" - Farah Lee

Badrul Hashim
08/09/2020
06:20 MYT
Sponsor Banner
"Yang Panggil Farah Retis Retis Tu Personally I Don't Like It & I Found It Annoying" - Farah Lee
Jika disebut nama Nurfarahin Romli mungkin hanya segelintir yang mengenalinya, tetapi jika disebut dengan nama Farah Lee, lebih ramai yang tahu siapa Farah Lee.
Bermula sebagai blogger, Farah kini boleh dikatakan berjaya dengan koleksi pakaian keluarannya, Omma & Esabel. Malah pengikutnya di Instagram juga menghampiri 800,000 orang.
Mungkin kerana Farah pernah berkahwin dengan selebriti menyebabkan namanya juga terkait dan dianggap sebagai artis dalam kategorinya yang tersendiri.
"Ternyata saya bukan artist sebab dorang kalau datang event mesti baju baru design khas pastu siap panggil makeup artist semua tapi saya dress ni beli kat Dorothy Perkins je before dapat Maream kot so makannya umur baju ni dah 7 tahun camtu inner putih dari Primark pastu makeup sendiri je celoreng2 siap," tulis Farah pada satu entri menghadiri majlis resepsi perkahwinan Mira Filzah.
Menurut Farah, dia tidak pernah menganggap dirinya sebagai seorang artis bukan kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan bidang tersebut, tetapi ternyata sememangnya dia tidak termasuk di dalam kategori tersebut.
Malah, bila dipanggil dengan panggilan artis dan seumpamanya, dia tidak menyukainya dan berasakan panggilan tersebut menjengkelkan.
"So ketahuilah, yang panggil Farah retis retis tu personally I don't like it and I found it annoying. Not that there's something wrong with the career just that I'm not one. I am me, the same Farah regardless my profession agittew," tulisnya lagi.
Farah pernah berkahwin dengan pengacara dan penerbit televisyen, Ally Iskandar Mohd Mardzi pada 20 Januari 2012 tetapi bercerai pada 17 Ogos 2016.
Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Maream Esabel.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024