Hiburan

‘Ya Maulai’, ‘Hati Kama’, ‘Nirmala’ Dalam Konsert Karya Agung Pak Ngah Esok!

Fiza Kamarudin
13/11/2019
13:40 MYT
Sponsor Banner
‘Ya Maulai’, ‘Hati Kama’, ‘Nirmala’ Dalam Konsert Karya Agung Pak Ngah Esok!
Pasti ramai yang rindu nak dengar karya-karya Allahyarham Pak Ngah seperti Nirmala, Ya Maulai, Hati Kama, Balqis dan lain-lain kan?
Bermula esok sehingga Jumaat Istana Budaya akan bergema dengan karya hebat Pak Ngah dan lagu-lagu yang disebut di atas yang akan didendangkan dalam satu segmen khas menerusi Konsert Karya Agung Pak Ngah.
Apabila nama Pak Ngah disebut, sudah tentu yang paling dekat dengan Allahyarham ialah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Siti bakal mendendangkan tujuh buah lagu pada malam konsert dan turut ditemani Ernie Zakri, Syamel, Asmidar dan Rojer.
Kesemua penyanyi ini akan membuat persembahan bersama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) yang akan mengetengahkan lagu-lagu irama Malaysia, selama dua jam.
Ketua Pengarah Istana Budaya Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata konsert itu diadakan bagi menghargai dan mengenang jasa Pak Ngah.
“Pak Ngah merupakan komposer terkemuka yang komited memperjuangkan irama Malaysia dan banyak memberi impak dalam perjalanan kerjaya artis dan rakyat Malaysia keseluruhannya.
“Konsert ini juga akan memaparkan lagu-lagu karya Pak Ngah dalam teater komersial dan hits seperti Teater Hang Li Po, Rubiah dan Cinduo Mato dan banyak lagi.
“Lagu-lagu popular kerjasama Pak Ngah dengan artis luar negara seperti Indonesia dan Singapura,” katanya kepada Gempak.
Harga tiket bermula serendah RM86 sehingga RM556 dan boleh didapati dengan melayari laman sesawang www.airasiaredtix.com dan diskaun sebanyak 10 peratus bagi golongan OKU, warga emas dan pelajar.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024