Viral

Wow! Nasi Lemak Lobster Harga RM69!

Amri Hassan
10/08/2017
06:00 MYT
Sponsor Banner
Wow! Nasi Lemak Lobster Harga RM69!
Ini bukan nasi lemak sembarangan! Bukan Nasi Lemak Paru atau Nasi Lemak Sambal Sotong.
Ini ialah Nasi Lemak Lobster yang semakin mencuri perhatian di negara jiran, Singapura.
Menu yang dihidangkan khas di sebuah gerai bernama Lawa Bintang di Tampines, Singapura itu pada mulanya mendapat aduan dek harga terlalu mahal.
Bagaimanapun, harga 22 Dollar Singapura (RM69) untuk sepinggan Nasi Lemak Lobster yang ditawarkan berbaloi dengan rasa yang menyelerakan.
Nasi lemak premium itu dihidangkan bersama seekor lobster bersalut minyak bawang putih dan tiga jenis keju berbeza itu dipanggang dan diadun dengan pelbagai jenis herba untuk meningkatkan rasa udang jenis itu.
Bagi yang merasakan harga itu terlalu tinggi, pilihan nasi lemak biasa (dihidang bersama telur, timun, kacang dan sambal) dijual dengan harga 9 Dollar Singapura (RM28) sepinggan.
Gerai Lawa Bintang itu dibuka dari pukul 9 pagi hingga pukul 2 petang setiap hari kecuali Isnin. Jangan risau kerana hidangan mereka dijamin halal!
Teks oleh: Amri Hassan Sumber: FB Lawa Bintang Page
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024