Berita

Wow, Cantiknya! Sangkakan Di Texas, Tengoklah Baby Shower Dayah Bakar Berlatarkan Jerami Padi

ZULHILMI JALIL
11/08/2020
06:41 MYT
Sponsor Banner
Wow, Cantiknya! Sangkakan Di Texas, Tengoklah Baby Shower Dayah Bakar Berlatarkan Jerami Padi
Personaliti televisyen, Dayah Bakar berkongsi beberapa keping foto yang mencuri tumpuan netizen ketika diraikan ahli keluarganya sebelum menyambut kelahiran anak sulungnya tidak lama lagi.
Menariknya, gambar-gambar yang dimuat naik Dayah itu memaparkan latar belakang persis pemandangan seperti di Texas, Amerika Syarikat.
Namun, jangan salah anggap, kesemua momen menarik yang dikongsikan Dayah itu hanyalah dirakamkan di Sekinchan, Selangor.
Menurut Dayah, kejutan itu dibuat abangnya yang mahu membawanya menikmati suasana di Sekinchan, Selangor.
Katanya, itulah momen pertama kali dia dapat berjalan-jalan sejak berbadan dua.
"Getaway yang cukup bermakna buat saya dan bayi. Saya rasa inilah trip jalan-jalan yang saya pernah ikuti sejak mengandung. Selain daripada itu, memang kerja atau duduk di rumah sahaja.
"Sejujurnya, saya tak jangka inilah setup dan pemandangan yang akan saya nikmati. Abang saya kata siap-siap sahaja pagi-pagi. Pukul 5.30 pagi dia datang. Saya menghargai usaha, masa dan kasih sayang yang kalian berikan kepada saya, syukur Alhamdulillah," kongsinya menerusi satu posting di Instagram.
Dalam posting tersebut, Dayah yang mengenakan selempang 'Mom To Be' itu menikmati hidangan makan secara santai berlatar belakangkan jerami padi.
Rata-rata pengikutnya cukup teruja melihat gambar-gambar yang dikongsikan Dayah itu sehingga ada yang menyangkakan seperti di luar negara.
"Saya tahu mesti tanya dekat mana ni kan? Lokasi Sekichan, bukan Texas," jelas Dayah.
Bagaimanapun, momen istimewa Dayah yang dijangka bersalin pada bulan ini itu dirakam tanpa kehadiran suaminya di sisi.
Sebelum ini, Dayah memaklumkan bahawa dia terpaksa berjauhan dengan suaminya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang kini bertugas di Australia.
BACA: Tujuh Bulan Dayah Bakar Tak Jumpa Suami
Sejak akhir-akhir ini, Sekinchan menjadi tumpuan golongan selebriti untuk menikmati hidangan di tempat terbuka berlatar belakangkan pemandangan sawah padi.
BACA: Sekinchan Port Lepak Baru Selebriti & Sosialis, Siap Boleh Makan Tepi Sawah Padi Lagi!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024