Berita

"What's Wrong Dengan Baju Ni?" - Pakai Baju Terbelah Nampak Bahu, Ini Penjelasan Natasha Hudson..

ZULHILMI JALIL
05/01/2021
11:33 MYT
Sponsor Banner
"What's Wrong Dengan Baju Ni?" - Pakai Baju Terbelah Nampak Bahu, Ini Penjelasan Natasha Hudson..
Pelakon Natasha Hudson mencuri tumpuan netizen apabila mengenakan gaun putih yang menampakkan bahagian bahu dan betis ketika menghadiri sebuah majlis pelancaran produk hari ini.
Imej yang digayakan itu menerima kecaman warganet selepas Natasha memuat naik beberapa entri di Instagram Story miliknya.
Begitupun, menurut Natasha dia menjelaskan bahawa pakaian tersebut sebenarnya mempunyai lapisan fabrik mengikut warna kulit.
"Apa yang tak kena dengan baju ni? Ada kain guys, janganlah tertipu dengan warna kain ini..sabar-sabar, ia berlapik," katanya kepada Gempak.
Natasha menjelaskan hal tersebut sejurus selesai Majlis Pelancaran Produk Crystal C White di Menara Kuala Lumpur hari ini.
Jelasnya lagi, baju yang digayakannya itu merupakan rekaan pereka fesyen, Rizman Ruzaini.
Katanya lagi, busana berkenaan digayakan mengikut tema yang ditetapkan pihak penganjur.
"Kita mengikut tema glamor. Ini bukan pelancaran kedai mamak, ini pelancaran produk. Lagipun, saya bukan selalu bergaya. Mereka dah sediakan semua, jadi, saya ikut sahaja," katanya.
Jelasnya lagi, dia enggan ambil pusing komen-komen negatif yang dilontarkan netizen.
"Orang kena matang, mungkin mereka dah lama tak tengok saya bergaya. Ini kerjaya kita. Orang takkan berhenti bercakap walau apa pun kita buat termasuklah pakai niqab ke tak.
"Saya tak kisahlah. Lagipun bukan mereka yang bagi saya makan," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024