Hiburan

“What Silap? I Don’t Have Mental Ilness, It Is All Stupid!” – Fathia Latiff Bidas Dakwaan Gila

Mya Amri
20/01/2020
06:22 MYT
Sponsor Banner
“What Silap? I Don’t Have Mental Ilness, It Is All Stupid!” – Fathia Latiff Bidas Dakwaan Gila
Pelakon Fathia Latiff membidas dakwaan netizen mengatakan dirinya mengalami masalah mental dan juga penyakit Bipolar.
Menurut Fathia, dia tidak perlu bertemu dengan doktor atau menerima sebarang rawatan untuk penyakit tersebut.
“Saya tiada penyakit mental dan semua tuduhan tersebut adalah bodoh! Saya tak ada penyakit mental jadi buat apa saya nak jumpa doktor.
“What silap yang anda semua kata kan ini? Apa yang berlaku dahulu adalah sebahagian daripada diri saya, isu kontroversi memang akan kena dekat semua artis.
“Tiada kaitan pun dengan penyakit mental,” katanya tegas.
Bercerita mengenai tahun baru, Fathia mengakui akan cuba untuk lebih mengawal diri dan tidak mahu mengulangi kesilapan lalu.
“Saya mahu jadi diri sendiri dan dalam masa yang sama saya masih lagi belajar. Untuk memperbaiki diri perlukan masa secara perlahan-lahan. Saya tak mahu ulang kesilapan lama, cukuplah…
“Saya masih ada keinginan untuk memakai hijab, kalau boleh nak pakai terus bukan bukak tutup. Doakan yang baik-baik untuk saya,” ujarnya ketika ditemui Gempak.
Terdahulu, Fathia sebelum ini teruk menerima kecaman selepas mengambik keputusan untuk membuka tudung tahun lalu.
Nama Fathia juga semakin hangat diperkatakan selepas fotonya dicium seorang lelaki menjadi tular pada tahun yang sama.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024