Laman Utama

Wanita Meninggal Dunia Selepas Ajar Anak Tenat Bersyahadah - “Syahadah Yang Dibaca Adalah Untuk Dirinya”

Izwan Isa
17/09/2023
02:50 MYT
Sponsor Banner
Wanita Meninggal Dunia Selepas Ajar Anak Tenat Bersyahadah - “Syahadah Yang Dibaca Adalah Untuk Dirinya”
Jawapan kepada ajal dan maut seseorang itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu… Mungkin perumpamaan ini tepat sekali menggambar situasi seorang individu yang kehilangan ibu tercinta selepas dirinya pulih daripada sakit.
Diceritakan oleh seorang doktor menerusi platform X, kisah tersebut bermula ketika si anak mengalami masalah sesak nafas dan dikejarkan ke hospital.
“Salah seorang pesakit saya pengsan di klinik beberapa hari lalu. Dia datang dengan keadaan tidak cukup nafas, paru-parunya ketat dan dalam beberapa minit, dia tumbang. Kami teruskan dengan CPR untuk 10 minit.
“Ketika sedang melakukan CPR, kami minta ibunya untuk mengajar si anak mengucap dua kalimah syahadah. Si ibu dengan segera duduk dan membaca syahadah berulang kali ke telingan anaknya,” tulis doktor berkenaan.
Selepas 10 minit, ambulans tiba dan pesakit dibawa ke hospital berdekatan dengan CPR masih diteruskan. Menurut doktor berkenaan, pesakit selamat dan kini berada di ICU.
“Tapi malangnya, si ibu yang menemani anak mengalami serangan jantung ketika si anak berada di zon merah. Dia tumbang di kawasan hospital. Mereka cuba lakukan CPR, tetapi tidak berjaya. Innalillah.
“Apabila fikir semula, salah satu kata-kata akhir si ibu di dunia adalah mengajar anaknya syahadah. Tanpa dia sedar, syahadah yang dibaca adalah untuk dirinya.
“Semoga Allah rahmati roh mak cik dan tempatkan mak cik dalam kalangan orang beriman. Semoga anak mak cik sembuh dengan baik,” tutup lelaki itu.
Sumber: Twitter Syazwan Azman
BACA: Jika Ayah Kahwin Semula, Adakah Ibu Berduka Di Dalam Kubur? Ini Jawapan Buya Yahya​
BACA: Ibu Meninggal Pada Hari Perkahwinan, Anak Sayu Uruskan Jenazah Sebaiknya…​
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024