Laman Utama

Wanita Fitnah Shakilla Khoriri Berzina Dengan Suami Orang Mohon Maaf - “Saya Tak Pernah Ambil Tahu…”

Asyikin Mayudin
27/10/2023
00:55 MYT
Sponsor Banner
Wanita Fitnah Shakilla Khoriri Berzina Dengan Suami Orang Mohon Maaf - “Saya Tak Pernah Ambil Tahu…”
Individu yang melemparkan fitnah terhadap pelakon Shakilla Khoriri akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagram.
Individu yang dipercayai berasal dari Terengganu itu sebelum ini meninggalkan komen dengan menuduh Shakilla pernah berzina dengan suami orang.
"Hi Shakilla maaf untuk komen ini, saya tak pernah ambil tahu tentang awak. Saya minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki.
"Saya komen pun fasal suami orang berdasarkan awak punya kenyataan dulu-dulu. Maaf ya," tulisnya.
Bekas isteri kepada penyampai radio Fizi Ali itu berkongsi permohonan maaf wanita berkenaan di Instagram miliknya.
Dalam masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut menasihati orang ramai agar berhati-hati dalam meninggalkan komen sekiranya tidak tahu kesasihan sesuatu berita.
Bagaimanapun, menerusi tinjauan Gempak, Shakilla dilihat sudah memadam perkongsian tersebut tidak lama kemudian.
Terdahulu, Shakilla mengajak seorang wanita untuk bertemu secara empat mata selepas mendakwa dirinya melakukan hubungan zina dengan seorang lelaki berstatus suami orang.
BACA SINI: Nama Dipetik Aktres Janda Berjaya ‘Sondol’ Suami Orang, Ini Respons Shakilla Khoriri…
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024