Berita

Walaupun Sarat Mengandung Tujuh Bulan, Shakilla Khoriri Lepas Hajat Daki Bukit!

Asraf Aided
17/12/2018
12:46 MYT
Sponsor Banner
Walaupun Sarat Mengandung Tujuh Bulan, Shakilla Khoriri Lepas Hajat Daki Bukit!
Pelakon Shakilla Khoriri telah berjaya mendaki bukit di Bentong, Pahang walaupun sedang sarat mengandung tujuh bulan.
Perkara itu dikongsi Shakilla menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Shakilla, dia berpuas hati kerana dapat melepaskan hajatnya dan berjaya mendaki hingga ke puncak bukit tersebut.
"Okay, lepas hajat, terima kasih," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Perkara itu telah meraih perhatian netizen, menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum dan bimbang dengan keselamatan Shakilla yang sedang hamil.
"Tahniah Mak Buyung! take care.
"Steady sis!
"Kuatnya, tengah pregnant boleh hiking," tulis netizen.
A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on
Shakilla dan suaminya Fizi Ali mula mendirikan rumah tangga pada Februari lalu dan kini sedang teruja untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka itu.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024