Hiburan

"Walau Jambu Tapi Darah Rockers Tu Ada" - Ewal Jadi Penyanyi Gantian Kristal

Amri Hassan
29/11/2019
07:47 MYT
Sponsor Banner
"Walau Jambu Tapi Darah Rockers Tu Ada" - Ewal Jadi Penyanyi Gantian Kristal
Bintang Akademi Fantasia 2014, Ewal menyertai kumpulan Kristal sebagai penyanyi gantian selepas vokalisnya, Kecik meninggalkan kumpulan itu pertengahan November lalu.
Maklum Rody, pemilihan Ewal dirasakan tepat memandangkan berdasarkan latar belakangnya sebagai penyanyi dan anak kepada anggota kumpulan rock Wings.
"Ewal akan menjadi penyanyi gantian sementara untuk Kristal pada show akan datang.
"Walaupun nampak jambu mungkin darah rockers dari bapanya Mel (ex Wings) ada dalam dirinya.
"Insya-Allah tahun depan kemungkinan akan ada ujibakat dilakukan untuk mengisi kekosongan tempat penyanyi Kristal," kata Rody.
Kumpulan Kristal kini hanya tinggal tiga ahli iaitu Rody (gitaris), Kecik Afifi (dram) dan Acap (bass) selepas Kecik membuat keputusan untuk keluar daripada kumpulan itu baru-baru ini.
Kecik mula menganggotai Kristal sejak Oktober 2018.
Sebelum ini, Kristal turut dianggotai Lan selaku vokalis namun telah mengundur diri pada November 2017.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024