Hiburan

"Waktu Tu Ada RM70 Je Dalam Tangan" - Kak KM Kongsi Detik Susah Ketika Mula Berniaga

Hanafis Haris
08/05/2019
13:07 MYT
Sponsor Banner
"Waktu Tu Ada RM70 Je Dalam Tangan" - Kak KM Kongsi Detik Susah Ketika Mula Berniaga
Siapa yang tak kenal dengan usahawan produk kecantikan Liana Rosli atau lebih popular dengan panggilan Kak KM. Berkat usahanya menjalankan perniagaan kecantikan wanita, dia kini mampu tersenyum dengan kesenangan dikecapi.
Namun di sebalik kejayaan itu, siapa sangka rupanya terdapat kisah duka ketika awal pembabitannya dalam perniagaan.
Berkongsi detik sukarnya menerusi video di Instagram, Kak KM mendedahkan dia pernah mempunyai wang saku sebanyak RM70 ketika mula berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
"Sedih, waktu tu ada RM70 je. Daftar SSM RM50, tinggal baki RM20 saja. Tapi walaupun dengan nilai itu, masih tidak terfikir rasa hidup ini susah," katanya.
Jelasnya, masyarakat sekarang dilihat sering mengeluh dan berfikir diri mereka terlalu susah.
"Orang sekarang asyik fikir diri tu susah dan terlampau suka mengeluh. Hidup kita ni bukan nak senang dan kaya raya je," katanya.
Menceritakan lagi sejarah perniagaan jamunya itu, Kak KM berkata ia bermula selepas permohonannya pinjaman bank diluluskan beberapa tahun lalu.
"Ketika itu modal lebih kurang RM5,0000. Walaupun ketika itu agak selesa, namun Kak KM sangat berhati-hati membeli barangan. Hanya barang keperluan berniaga saja seperti herba, mesin dan bekas. Alhamdulillah jual jamu tak sampai lima bulan, kak KM dah boleh beli kereta," katanya.
Sehingga kini video di Instagramnya itu telah menerima 65,576 tontonan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024