Berita

Wajah Bercapuk & Tidak Natural Bila Bersolek? Ini Tips Pemilihan Foundation Yang Betul!

Syafiqah Jalal
08/11/2019
11:12 MYT
Sponsor Banner
Wajah Bercapuk & Tidak Natural Bila Bersolek? Ini Tips Pemilihan Foundation Yang Betul!
Foundation adalah perkara asas yang penting dalam solekan buat semua wanita.
Namun ramai wanita melakukan kesilapan dalam pemilihan foundation atau bedak asas ini sehinggakan solekan mereka nampak janggal dan tidak natural pada wajah.
Jadi, bagi menyelesaikan masalah wanita yang gemarkan bersolek hampir setiap hari, Gempak kongsikan tips pemilihan foundation daripada Pengarah Urusan Pley! Cosmetics, Mea Sukri yang baharu sahaja mengeluarkan rangkaian produk solekan termasuk foundation.
  1. Analisa kulit
“Perkara paling utama dalam pemilihan foundation, anda perlu kenalpasti kulit anda daulu sama ada sejenis pori terbuka atau kulit kering atau berminyak? Ini untuk memastikan formula dalam foundation tu sesuai dengan kulit. Jenis foundation yang sesuai dengan kulit berminyak adalah oil-free liquid foundation ataupun powder foundation. Kulit akan lebih lembut dan anda akan dapat finishing yang matte. Bagi kulit normal,anda beruntung kerana boleh gunakan apa-apa jenis foundation tanpa fikirkan masalah kulit kering atau berminyak. Sementara untuk yang berkulit kering pula, jenis foundation yang sesuai untuk anda adalah yang oil atau water based. Anda boleh gunakan liquid foundation dan sebolehnya elakkan powder foundation.”
  1. Kenalpasti Tona Kulit
“Pemilihan warna foundation juga penting supaya ia sesuai dengan tona kulit, Tiada istilah foundation auto-tune. Seeloknya pilih tona foundation yang seakan warna kulit, tak terlalu cerah dan tak terlalu gelap untuk mendapatkan hasil yang natural. Jadi kena tahu warna dasar kulit korang cool, neutral atau warm.”
  1. Pakai primer
“Asas foundation adalah memakai primer terlebih dahulu kerana penting untuk prerp kulit kita sebelum mengenakan foundation dan solekan supaya lebih natural dan tidak Nampak seperti berbedak”
Justeru, Mea Sukri foundation dari Pley! Cosmetic sesuai untuk semua wanita di Malaysia kerana ia direka khas bersama applicator bagi tujuan memudahkan wanita Malaysia bersolek dengan lebih cepat dan sangat mudah untuk digunakan. Menggunakan formulasi daripada teknologi Japan, ianya bersifat water resistence dan teksturnya yang ringan namun mampu menutup cela diwajah tanpa perlu di oles dengan tebal.
Pley! Cosmetics kini telah mengeluarkan 6 produk dengan nama yang sangat unik seperti FakerThanYou HD Foundation, LooseYourFake HD Powder, Waterbreak Primer, Turkish Rose Water, BetterThanLash serta What’s Up Brow Gel berkonsepkan tema fun dan bright
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024