Laman Utama

Vokalis Kesakitan ‘Alat Sulit’ Diramas Peminat, Mahu Belajar Seni Bela Diri

Maliah Surip
17/01/2023
02:30 MYT
Sponsor Banner
Vokalis Kesakitan ‘Alat Sulit’ Diramas Peminat, Mahu Belajar Seni Bela Diri
Seorang pemuzik yang juga bekas vokalis Yovie & Nuno, Dikta mengalami pengalaman ‘ngeri’ apabila seorang peminat bertindak di luar batas.
Dikta atau nama sebenarnya, Pradikta Wicaksono dipercayai telah menjadi mangsa gangguan seksual. Alat sulitnya telah diramas oleh peminat sewaktu usai membuat persembahan di Anjungan Sarinah, Jakarta Pusat, pada malam Sabtu lalu.
Insiden gangguan seksual tersebut malah terakam dalam beberapa bentuk video yang menjadi viral di TikTok.
Vokalis berusia 37 tahun tersebut dilihat berjalan masuk ke sebuah restoran dengan tangannya menutup bahagian alat sulit.
Dia kemudian dilihat menunduk seperti menahan sakit sebelum dibawa keluar oleh kru.
Meski videonya viral dan ramai peminat mendakwa Dikta telah mengalami gangguan seksual, namun penyanyi tersebut atau pihak pengurusan belum memberi sebarang kenyataan rasmi.
"Ini versi lebih jelas, kasihan banget nj*r, lato-latonya bang Dikta, sampai kesakitan begitu. Bar bar banget orang-orang zaman sekarang," tulis akaun @Ohohmariobros yang memuat naik video Dikta di Twitter.
Usai kejadian tersebut, Dikta juga dilihat telah memuat naik sebuah video Wang Liutai seorang master kung fu asal China di Instagram Storiesnya dan mengungkapkan keinginan untuk belajar seni mempertahankan diri kung fu.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024