Laman Utama

[VIDEO]“Selepas 7 Tahun Penantian…”- IVF Berjaya, Mengalir Air Mata Suami Saat Madammu Disahkan Hamil

Syafiqah Jalal
11/10/2022
23:49 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO]“Selepas 7 Tahun Penantian…”- IVF Berjaya, Mengalir Air Mata Suami Saat Madammu Disahkan Hamil
Selepas tujuh tahun penantian, akhirnya pengasas produk kecantikan, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali dengan panggilan Madammu disahkan hamil.
Berita gembira itu dikongsikannya dalam satu video yang dimuat naik ke akaun TikTok miliknya.
“Alhamdulilah selepas tujuh tahun penantian,” tulisnya dalam kapsyen.
Menerusi video berkenaan, dilihat Madamu hadir bersama suami, Muhammad Azri Che Noh ke sebuah pusat perubatan swasta bagi melihat keputusan Persenyawaan In Vitro (IVF).
Menerusi video dimuat naik, pasangan itu dilihat gembira selepas doktor mengesahkan kehamilan Madammu.
Malah suami Madammu selepas itu dilihat terharu sehingga mengalirkan air mata kegembiraan tanda syukur.
Entri berkenaan turut mendapat perhatian pengikut serta warga net yang mengikuti perkembangan serta proses IVF sebelum ini dengan mengucapkan tahniah dan gembira dengan berita tersebut.
Terdahulu, Madammu ada berkongsikan proses dan pengalamannya menjalani IVF di pusat rawatan tersebut pada Julai.
Ini merupakan anak pertama buat Madammu dan difahamkan ketiga buat suami yang sudah mempunyai sepasang cahaya mata dari perkahwinan terdahulu.
Madammu terdahulu sering berkongsi kehidupan sehariannya di media sosial dilihat sangat mesra dan rapat dengan anak-anak tirinya.
@eriyca.baiduri Alhamdulillah selepas 7 tahun penantian #ivf #ladyofnoirmalaysia #noir #5weekspregnant ♬ Takkan Terganti - Maulana Ardiansyah
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024