Laman Utama

[VIDEO] Tya Ariffin Menggigil Nampak Kamal Adli Dipukul Guna Cota - “Mesti Perasaan Uqasha Hancur Tengok Suami”

Asyikin Mayudin
13/03/2023
12:50 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Tya Ariffin Menggigil Nampak Kamal Adli Dipukul Guna Cota - “Mesti Perasaan Uqasha Hancur Tengok Suami”
Kejadian aktor Kamal Adli dipukul menggunakan cota di kepala turut disaksikan rakan selebriti iaitu pelakon Tya Ariffin yang turut berada di lokasi yang sama.
Menurut menantu kepada penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza ini, dia sendiri yang melihat insiden itu berasa panik apatah lagi isteri kepada aktor itu iaitu Uqasha Senrose.
“Ya Allah sesungguhnya niat kami semua hanya mencari rezeki. Tapi apa daya ketika dugaan datang. Uqasha sabar okay sayang.
“Pertama kali dalam hidup Tya tengok langsung pun rasa gigil kaki. Keluar masuk tunggu ambulans, police datang. Lagi-lagi Uqasha, mesti perasaan hancur tengok suami sendiri.
“Tolong untuk semua doa-doakan Kamal sekarang,” kata Tya yang berkongsi foto keadaan panik selepas kejadian itu berlaku di laman Instagram miliknya.
Menerusi salah satu foto itu juga, Tya memeluk erat dan mencuba untuk menenangkan Uqasha yang sedang menangis.
Sementara itu, Tya turut memuji Uqasha dan Kamal yang sentiasa beramah mesra bersama peminatnya sepanjang di acara tersebut.
“Kamal dan Uqasha orang baik, hardworker kalau dekat booth mesti dari buka sampai tutup ada, ramah dengan semua orang. Berilah kesembuhan padanya Ya Allah.
“Untuk semua pula be safe. Tak tahu nak cakap apa lagi. Jaga diri. Jaga orang yang kita sayang. Tolong semua doakan Kamal sedang dalam pembedahan sekarang,” ujarnya.
Terdahulu, Uqasha memaklumkan mengenai suaminya, pelakon Kamal Adli mengalami kecederaan parah selepas diserang oleh individu tidak dikenali, di Singapura.
Uqasha ketika dihubungi berkata, insiden itu berlaku ketika mereka sedang berada di satu acara di negara itu, malam Ahad.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024