Hiburan

Video Transformasi Boroi Ke Sixpacks Aamir Khan, Melebihi 18 Juta View

Fiza Kamarudin
30/11/2016
19:31 MYT
Sponsor Banner
Video Transformasi Boroi Ke Sixpacks Aamir Khan, Melebihi 18 Juta View
Video transformasi bentuk tubuh pelakon Bollywood terkenal, Aamir Khan daripada boroi ke sixpacks telah ditonton lebih 18 juta kali.
Menerusi video yang dimuat naik UTV Motion Pictures pada Isnin lalu, Aamir yang memiliki berat badan 97kilogram(kg) telah berjaya menurunkan berat badannya ke 79kg dan memiliki bentuk tubuh sasa untuk penggambaran filem terbarunya, Dangal.
Video tersebut juga telah menerima 438 ribu reaksi, 77 ribu komen dan 392,662 perkongsian daripada pengguna laman sosial seluruh dunia.
Berbekalkan semangat yang tinggi, Aamir berjaya mendapatkan bentuk tubuh sasa dengan otot yang kekar dalam masa lima bulan, selepas menjalani senaman dan latihan secara konsisten di gym.
Rata-rata pengguna laman sosial kagum dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan Aamir kerana komited menurunkan berat badannya demi memenuhi tuntutan kerjayanya sebagai pelakon.
Kepada anda yang ‘terinspirasi’ dengan tranformasi Aamir Khan, anda juga patut mengagumi semangat salah seorang team Astro Gempak yang berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 20kg menerusi program Yed Jom Kurus!
Yed Jom Kurus, sebuah program cabaran menurunkan berat badan dalam masa 90 hari oleh Yed yang menginginkan berat badan dan kesihatan lebih baik.
Di bawah merupakan salah satu video Yed Jom Kurus sebelum Yed berjaya mencapai berat badan seperti sekarang:
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar