Laman Utama

[VIDEO] TikTokers Tampil Mohon Maaf Isu Video Prank Tonyoh Kek Di Muka Ibu Anak OKU, Sekadar Lakonan Semata

Shahrin Zulkifle
10/12/2022
23:30 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] TikTokers Tampil Mohon Maaf Isu Video Prank Tonyoh Kek Di Muka Ibu Anak OKU, Sekadar Lakonan Semata

Penularan video prank melampau oleh salah seorang peserta program yang juga pempengaruh media sosial ke atas seorang wanita baru-baru ini hanyalah lakonan semata.

Kata individu tersebut yang dikenali sebagai Daing Ellando, tujuan sebenar eksperimen sosial berkenaan dilakukan bertujuan ingin melihat masyarakat cakna mahupun tidak dengan situasi ketika itu.

“Sebenarnya kita bukan nak prank mak (panggilan pelakon wanita), kita nak prank orang di sekeliling sama ada mereka menyedari perkara itu atau tidak.

“Tapi mak terkejut kan masa tu. Tak ada orang yang ambil kisah itu situasi sebenar. Kalau tak, masa tu mungkin orang dah tangkap, kejar saya dan tumbuk.

“Tapi kenapa video dah viral, kenapa baru ada orang cari saya. Itu yang kami ingin persoalkan, sebenarnya video tu tak habis,” katanya.

Daing menjelaskan perkara tersebut menerusi satu hantaran video terbaharu di laman TikTok miliknya.

@daing.ellando SITUASI SEBENAR & PERMOHONAN MAAF? #ehhdaing #daingellando #ellando #aeonrajaviral #rajaviral ♬ Instrumen Piano Sedih - kucing tetangga

Sementara itu, wanita tersebut turut meluahkan rasa terkilan apabila situasi yang dihadapinya ketika itu tidak diambil peduli oleh orang sekeliling biarpun ia sekadar lakonan.

“Saya diberi tugas untuk melakonkan watak sebagai ibu yang membawa anak Orang Kurang Upaya (OKU), demi membantu golongan muda di TikTok terus mencapai kejayaan.

“Langsung tidak ada orang yang peduli. Sekiranya kita dianiaya di depan orang ramai, apa yang terjadi mereka hanya diam dan tengok saja.

“Rasa kasihan dengan Daing sebab tujuan saya untuk membantu dia supaya dia lebih sukses buat konten, tetapi bertukar menjadi kutukan.

“Saya sayang dia dan harap perkara ini tidak berterusan. Kita semua jangan terlalu mengikut emosi,” ujar wanita tersebut.

Berikutan itu, kedua mereka secara terbuka memohon maaf kepada orang ramai sekiranya ada yang tersinggung dengan konten video yang dihasilkan.

“Kami mohon maaf kepada semua orang dia atas tindakan kami, lebih-lebih lagi yang tersinggung dengan konten video tersebut,” kata mereka.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024