Laman Utama

[VIDEO] “Terima Kasih Kerana Pilih Saya Jadi Ibu Awak…” - Terharunya Ucapan Watie Hanifiah Buat Anak Perempuan Shuib

Mya Amri
18/05/2023
03:12 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] “Terima Kasih Kerana Pilih Saya Jadi Ibu Awak…” - Terharunya Ucapan Watie Hanifiah Buat Anak Perempuan Shuib
Tunang kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah memberikan ucapan menyentuh hati kepada bakal anaknya, Dzahira Talita Zahra sempena ulang tahun kelahiran yang ke-10.
Watie menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya mendedahkan sikap Talita atau lebih mesra dengan panggilan Dekta yang sentiasa menjadi penghibur hatinya.
Paling membuatkan ramai yang terharu apabila Watie turut mengucapkan terima kasih kepada Dekta kerana menerimanya sebagai seorang ibu.
“Selamat hari jadi doktor cinta (doctor love) aunty, terima kasih selalu menjadi penghibur dan peneman aunty kemana pergi…
“Terima kasih selalu membela dan menangis untuk aunty bila daddy (Shuib) bertukar menjadi garang.
“Terima kasih atas kebaikan dan kasih sayang kamu. Aunty sayang kamu sangat dan terima kasih kerana memilih Aunty untuk menjadi ibu," tulisnya.
Hantaran itu juga turut disertakan dengan video pendek yang merakamkan ragam Dekta ketika bersama Watie.
BACA: Lagi Sebulan Nak Kahwin, Watie Akui Shuib Lelaki Romantik! - “Dia Sweet, Penuh Dengan Kejutan”
Terdahulu, Gempak secara eksklusif berkongsi berita mengenai Shuib yang telah selamat bertunang dengan usahawan, Watie Hanifah dalam satu majlis tertutup di Shah Alam.
Shuib menghadiahkan tiga dulang hantaran termasuk sirih junjung, kasut dan manisan kepada Watie manakala pihak wanita pula membalas lima dulang berupa kasut, manisan, sirih junjung, buah-buahan dan sampin.
Pasangan itu dijangka melangsungkan pernikahan pada 23 Jun depan.
Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024