Hiburan

Video Pertemuan Di Sebalik Kawat Berduri Buat Ramai Sebak. "Saya Faham Perasaan Orang Tua Kita"- Hisyam Hamid

Badrul Hashim
27/05/2020
08:15 MYT
Sponsor Banner
Video Pertemuan Di Sebalik Kawat Berduri Buat Ramai Sebak. "Saya Faham Perasaan Orang Tua Kita"- Hisyam Hamid
Satu video yang cukup menyedihkan dikongsi oleh pelakon Hisyam Hamid di IGTV Instagram miliknya.
Video yang memaparkan seorang wanita bertemu seorang lelaki tua yang mungkin ayah atau Atuknya benar-benar mengalirkan air mata.
"Allahu, sebak sangat bila tengok video ni. Faham sangat perasan org tua kita, mereka memang selalu look forward untuk Hari Raya agar dapat berkumpul beramai dengan anak cucu.
Saya membesar dengan arwah Yayi & Nyai, saya tahu sangat excitement mereka," tulis Hisyam yang nyata terkesan dengan video yang dikongsinya.
Pertemuan wanita dengan lelaki tua tersebut di sebalik kawat dawai dengan lelaki tersebut memegang lemang untuk diberikan kepada wanita tersebut.
Hati menjadi sangat sayu melihat wanita tersebut berkali-kali mencium tangan lelaki tersebut dan mereka masing-masing menyentuh muka seolah-olah menghilangkan rasa rindu.
"Semoga keluarga-keluarga yang terjejas diluar sana tabah & terus bersemangat dalam menghadapi ujian ini," tambah Hisyam lagi.
Rata-rata mereka yang meninggalkan komen menyatakan rasa sedih mereka melihat video tersebut.
Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman tidak dapat bertemu ayah serta keluarga masing-masing pada hari raya kali ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024