Laman Utama

[VIDEO] Melly Goeslow Terharu Nuha & Naufal Nyanyi Balik Lagu 'Jika' Versi Bahasa Arab! - "Masya-Allah Indah Sekali"

Shahrin Zulkifle
11/10/2022
06:00 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Melly Goeslow Terharu Nuha & Naufal Nyanyi Balik Lagu 'Jika' Versi Bahasa Arab! - "Masya-Allah Indah Sekali"
Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslow meluahkan rasa bangga apabila lagu ciptaannya berjudul Jika telah dinyanyikan semula oleh pasangan duet viral, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin.
Lagu tersebut telah diberikan nafas baharu dengan mengubah beberapa bahagian lirik asalnya daripada bahasa Indonesia kepada bahasa Arab.
Menerusi muat naik di Instagram, Melly beterima kasih kerana memilih lagu ciptaannya itu untuk dinyanyikan semula dan mendoakan kejayaan buat kedua-dua bakat muda tersebut.
“Terima kasih kerana memainkan lagu kegemaran saya, saya harap Jika versi anda (Nuha dan Naufal) akan mencipta sesuatu dalam sejarah muzik.
"Masya-Allah, biar 23 tahun usia lagu Jika, ia diberikan nafas baru lagi oleh penyanyi Malaysia Nuha Bahrin dan Naufa, Indah sekali.
“Terima kasih buat semua peminat dan pengkarya di Malaysia yang mengagumi lagu-laguku. Ini membuatkanku tidak sabar untuk beraksi di Malaysia kelak, Insya-Allah,” tulisnya pada kapsyen.
Difahamkan juga lagu berkenaan dirakam ketika Nuha dan Naufal berada di Jakarta sewaktu mempromosikan lagu nyanyian mereka berjudul Casablanca, beberapa bulan lalu.
Lagu Jika versi anak muda berdua itu kini telah diluncurkan di YouTube rasmi Alfarecords, malah beberapa potongan klip video berkenaan turut dikongsikan semula oleh pengguna di laman TikTok.
Terdahulu versi asal lagu Jika telah dinyanyikan oleh Melly Goeslow dan pasangan duetnya Ari Lasso.
@nuha_bahrin Restu teh Melly Goeslaw buat Nuha & Naufal untuk lagu "Jika" supaya bergema lagi. #JIKA ♬ Jika - Nuha Bahrin & Naufal Azrin
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024