Laman Utama

[VIDEO] “Kasut Siapa Dia Rembat?” - Netizen Terganggu Melihat Kasut Tumit Nuha Bahrin Ketika Buat Persembahan

Shahrin Zulkifle
20/08/2022
08:00 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] “Kasut Siapa Dia Rembat?” - Netizen Terganggu Melihat Kasut Tumit Nuha Bahrin Ketika Buat Persembahan
Tular sebuah video menyaksikan penyanyi Nuha Bahrin yang dilihat tidak begitu selasa dengan kasut tumit yang disarungnya ketika melakukan persembahan pada sebuah acara fesyen terkemuka, Kuala Lumpur Fashion Week, baru-baru ini.
Video yang dimuat naik seorang pengguna laman Tiktok, @iamhelmihaikall memperlihatkan kasut yang dipakai Nuha seakan sedikit besar dan tidak sesuai dengan ukuran kakinya yang agak kecil.
Situasi tersebut sekaligus membuatkan penyanyi berusia 22 tahun itu perlu berhati-hati ketika membuat persembahan di hadapan ramai ketika itu.
Video berkenaan juga memperlihatkan Nuha sedang menyanyikan lagu viral miliknya berjudul ‘Casablanca’ dan turut ditemani oleh rakat duetnya, Naufal Bahrin.
Dalam pada itu, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas turut mempersoalkan kasut tumit yang disarung Nuha.
Sementara itu, pada acara yang cukup meriah berlangsung di sebuah pusat membeli belah, Pavillion, Kuala Lumpur turut menyaksikan Nuha dan Naufal berpeluang menyarung busana rekaan pereka fesyen terkenal, Ezuan Ismail.
@iamhelmihaikall Kecik molek orgnya #klfw2022 #KLFW22 ♬ CASABLANCA - Nuha Bahrin & Naufal Azrin
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar