Laman Utama

[VIDEO] Kakak Emma Maembong Sebenarnya Hidap Bell’s Palsy Sejak 12 Tahun Lalu - “Ramai Lelaki Tak Boleh Terima…”

Asyikin Mayudin
23/02/2023
04:55 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Kakak Emma Maembong Sebenarnya Hidap Bell’s Palsy Sejak 12 Tahun Lalu - “Ramai Lelaki Tak Boleh Terima…”
Kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong mendedahkan dia sebenarnya menghidap masalah saraf iaitu Bell's Palsy sejak 12 tahun lalu.
Dianggap seorang yang tidak setia dengan pasangan, Shikin berkata ramai lelaki yang tidak dapat menerima keadaan wajahnya yang menjadi sengit disebabkan penyakit itu.
“Dia ni mesti tak setia (biasa saya dengar). Saya kene Bell’s palsy 12 tahun yang lepas. Macam-macam treatment sudah saya buat tapi saya sembuh ketahap ini saja.
“Ramai lelaki yang tak boleh terima saya macam ini. Jumpa sekali saja lepas itu tak nak jumpa dah. Tak apa la, bukan jodoh saya tu,” katanya.
Menurut Shikin, dia baru sahaja mendapat keyakinan untuk berkongsi mengenai masalah kesihatan yang dihadapinya itu.
Masih mencari ikhtiar untuk sembuh sepenuhnya, Shikin turut memberitahu dia sudah memaafkan semua pihak yang pernah mengutuk dan menjadikan wajahnya bahan jenaka.
“Sejujurnya, sekarang baru saya confident untuk cerita tentang Bell’s palsy saya. Sebelum ni saya berdiam saja walaupun ada yang mengata dan kutuk saya.
“Tak kurang juga screenshot muka saya yang senget untuk jadi bahan ketawa tapi tak apa, saya sudah maafkan pun. Sebab saya masih belum putus asa untuk ikhtiar sembuh sepenuhnya.
“Allah maha besar, miracle can happen jika kita tak lupakan dia… Insya-Allah doakan saya,” katanya lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
@shikin_maembong Dia ni mesti tak setia ? (biasa saya dengar) Saya kene Bell’s palsy 12 tahun yang lepas.. macam-macam treatment da saya buat.. tapi saya sembuh ketahap ini je.. Ramai lelaki yang tak bole terima saya camni ? jumpa sekali je pastu tak nak jumpa dah.. takpe la, bukan jodoh saya tu.. Honestly, skrg baru saya confident untuk cerita tentang Bell’s palsy saya. Sebelum ni saya berdiam je even ada yang mengata dan kutuk saya.. tak kurang juga screenshot muka saya yang senget untuk jadi bahan ketawa.. tapi takpe, saya da maafkan pun ? Sebab saya masih belum putus asa untuk ikhtiar sembuh sepenuhnya. Allah maha besar, miracle can happen jika kita tak lupakan dia.. insyallah doakan saya ? Nak tak saya share simptom atau macam mana kena? dan mcm mana saya built up balik my confident? Kalau NAK, bole tolong tekan LIKE, COMMENT & SHARE.. love u guys ? doakan saya sembuh sepenuhnya.. (Video smlm kene blok, saya buat yang baru tanda support BELL’s PALSY SURVIVOR mcm saya ?) #bellspalsy #bellspalsyrecovery #bellspalsysurvivor #bellspalsyawareness #maembong #shikinmaembong #ladybosscekopis #terimasayaseadanya #jodohiturahsiaallah #syukur #cekopisbyshikinmaembong #cekopis ♬ İnto Your Arms - Slowed & Reverb - Panmix
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024