Laman Utama
[VIDEO] Imej Seksi Jadi Perhatian Lagi, Isteri Yonnyboii Dituduh ‘Culture Shock’ Selepas Kahwin - “Memang Dari Dulu Saya Pakai…”
Video memperlihatkan isteri kepada penyanyi Yonnyboii iaitu Nik Nazira memakai gaun pendek berwarna hitam di TikTok mengundang kritikan netizen di laman sosial.
Rata-rata netizen menganggap pakaian yang digayakan Nik Nazira itu mencolok mata kerana ia jarang sehingga menampakkan kulit di bahagian lengan dan perut selain terlalu pendek.
Mohon maaf jika imej itu dianggap terlalu seksi, Nik Nazira bagaimanapun berkata dia tidak pernah melakukan sesuatu hanya untuk mendapatkan perhatian netizen.
“Saya rasa, saya tak pernah kacau orang atau bukannya saya ini jenis suka kecam orang sana sini hanya untuk dapatkan perhatian.
“Ikutkan selama ini pun saya buat hal sendiri. Tapi tak apa la, saya minta maaf kalau ada netizen lihat imej saya terlalu seksi,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Nik Nazira berkongsi video trend di mata dia berpakaian seksi sambil berjalan seperti model bersama suaminya dengan menggunakan lagu Gaga Dance di TikTok.
Malah segelintie netizen turut mendakwa Nazira makin menjadi-jadi sejak tidak bertudung selain ‘cultural shock’ (kejutan budaya) selepas berkahwin dengan Yonnyboii.
“Saya hanya menjadi diri sendiri… mereka yang kecam itu mungkin tak tahu atau tak kenal siapa saya. Imej saya ini bukan sebab kahwin dengan Yonnyboii.
“Tapi memang dari dulu, waktu kolej pun saya pakai seperti ini. Bagi saya, apa saja saya buat mesti akan nampak salah di mata netizen.
“Jadi, biarlah netizen nak kata apa pun… mereka kutuk, saya dapat pahala. Yonny pun minta saya jangan baca komen. Saya pun tak baca dan kehidupan happy saja,” ujarnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
@niknazira U DONT EVEN EXIST TO ME♬ original sound - mitch
Must-Watch Video