Laman Utama

[VIDEO] Berkerut Tahan Sakit, Zul Ariffin Kecundang Dengan 'Swab Test' - "Badan Sado Tapi Takut"

Zulaikha Yusof
02/03/2021
10:45 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Berkerut Tahan Sakit, Zul Ariffin Kecundang Dengan 'Swab Test' - "Badan Sado Tapi Takut"
Pelakon kacak Zul Ariffin, 35, mencuri perhatian wargamaya selepas berkongsi momen ketika sedang melakukan ujian calitan atau swab test.
Menerusi laman sosial Instagram, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin memuat naik sebuah video untuk tatapan umum.
"Drama swab test ini tak pasti tayang bila, jenuh la akak tu melayan. Ni la video yang okey pun, yang masuk mulut tu memang tak boleh muatnaik, teruk sangat," tulisnya sebagai kapsyen.
Rakaman selama 20 saat itu memaparkan gelagat aktor berbadan sasa yang takut serta menahan sakit.
Malah, petugas kesihatan yang bertugas itu terpaksa meminta pelakon filem Sangkar itu memegang stereng kereta ketika menjolok ke dalam hidung.
"Tangan pegang stereng. Sekejap ja, 10 saat," kata petugas kesihatan wanita.
"Okey. Let's go. Nah cucuk mata..Itu ja? Terima kasih," balas Zul.
Hasil tinjauan Gempak, ruangan komen sudah dibanjiri dengan komen usikan serta gelak tawa daripada rakan artis dan netizen yang lucu melihat keadaan Zul.
"@fizzfairuzofficial: Hahahahaha.. Hang macam anak aku hahaha.
"@shahiskandarmahfuz: Bibir tu nak ke mana tu bibir? Sama macam refleks aku.
"@azuranwr_: Lelaki badan sasa pun bila swab test takut.
"@faliqhairulz__: Dalam Sangkar kemain tiba kena swab test terus takut.
"@_dayanamokhtar805: Badan sado tapi takut.
"@haryanti_razali: Yang sado pun terkemut kena swab inikan pula kita yang tak sado ni," antara komen-komen yang ditulis.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih hampir 320,000 tontonan daripada pengikutnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024