Laman Utama

Vicha Syukur Dapat Beraya Dengan Anak-Anak – “Yeah! Alhamdulillah..Finally After Dua Tahun Lebih…”

Fiza Kamarudin
28/04/2022
08:45 MYT
Sponsor Banner
Vicha Syukur Dapat Beraya Dengan Anak-Anak – “Yeah! Alhamdulillah..Finally After Dua Tahun Lebih…”
Pelawak dan usahawan, Vicha, meluahkan rasa syukur dan gembira kerana dapat meraikan Aidilfitri bersama tiga orang anaknya di Malaysia.
Vicha berkata, selepas dua tahun lebih tidak berjumpa puteri-puteri kesayangannya, pada tahun ini mereka akan beraya di Kuala Lumpur.
“Alhamdulillah, akhirnya selepas dua tahun lebih, dapat jumpa lagi dengan anak-anak. Ya Allah tak dapat gambarkan macam mana perasaan saya ini.
“Saya bersyukur kerana Allah permudahkan urusan saya. Ya kami akan beraya dekat Malaysia. Ini juga pertama kali mereka akan bertemu adik mereka, Junior,” katanya sebak.
Tambah Vicha lagi, sambutan Syawal kali ini juga sangat bermakna buat dirinya.
“Akhirnya kami dapat berkumpul satu keluarga, walaupun bukan di kampung halaman di Indonesia, tetapi dapat bersama anak-anak adalah nikmat yang terbesar buat diri saya.
“Suami saya juga gembira kerana Aidilfitri tahun ini ‘complete’. Masa sahur tadi pun, rasa seronok sangat, perasaan berbeza.
“Saya teruja memasak untuk mereka, rindu sangat nak masak untuk mereka,” katanya.
Dalam pada itu Vicha berkata, hari ini dia akan membawa anak-anak untuk membeli baju raya dan beberapa keperluan lain.
“Agak ‘last minutes’ tetapi saya harap dapat la cari baju warna sedondon untuk kami sekeluarga. Saya harap 10 hari ini akan meninggalkan seribu kegembiraan buat anak-anak.
“Mereka akan pulang ke Bandung pada 8 Mei ini kerana perlu kembali ke sekolah,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024