Laman Utama

Uyaina & Raja Syahiran Tak Berniat Sorok Majlis Risik

Fiza Kamarudin
15/03/2021
00:45 MYT
Sponsor Banner
Uyaina & Raja Syahiran Tak Berniat Sorok Majlis Risik
Pelakon Uyaina Arshad mengakui dia dan Raja Syahiran terpaksa mengunci mulut mengenai majlis merisik bagi menghormati permintaan ahli keluarga.
Dalam diam, bekas Juara Pencarian Nona Manis 2015 itu sudah dirisik oleh bekas peserta program Dansa Dan Sing itu pada November, tahun lalu.
Namun, katanya, dia terpaksa mendedahkannya berikutan hala tuju perhubungan yang bertaut sejak Mei, tahun lalu itu mula dipersoalkan.
"Kami terpaksa merahsiakan majlis merisik yang serba ringkas demi menghormati permintaan keluarga. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, tetapi ia lebih kepada perkenalan antara keluarga saya dan Raja Syahiran.
"Pada majlis merisik, ibu Raja Syahiran memberikan saya sebentuk cincin sebagai tanda merisik. Jujurnya, saya tidak sempat melakukan sebarang persiapan kerana majlis berlangsung secara ringkas," katanya.
Biarpun tidak sampai setahun tempoh perhubungan, namun ia tidak sukar buat Uyaina menerima cinta yang dihulurkan penyanyi lagu If I Could Go Back itu.
"Sikap matang, pandai mengambil hati dan tahu menghormati orang tua membuatkan hati saya terpikat pada Raja Syahiran.
"Bagaimanapun, tarikh istimewa yang bakal menyatukan kami biarlah dirahsiakan terlebih dahulu. Saya dan Raja Syahiran akan mengumumkannya apabila tiba masa," katanya.
Sumber: BHOnline
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar