Laman Utama

Ustazah Asma Harun Tak Senang Pawagam Akan Dibuka - "Bimbang Bukan Pecah Rekod Tayangan, Tapi Rekod Covid-19"

Asraf Aided
10/09/2021
08:40 MYT
Sponsor Banner
Ustazah Asma Harun Tak Senang Pawagam Akan Dibuka - "Bimbang Bukan Pecah Rekod Tayangan, Tapi Rekod Covid-19"
Pendakwah bebas Ustazah Asma Harun menyuarakan pendapat tentang pembukaan semula panggung wayang untuk mereka yang lengkap dua dos vaksin COVID-19 bermula semalam.
Menurut Asma, beliau faham pekerja industri kreatif perlu mencari pendapatan, namun baginya, risiko jangkitan COVID-19 agak tinggi dalam panggung wayang yang tertutup dan berhawa dingin.
"Kita faham mereka juga perlu cari pendapatan, kita tahu memang berjuta rakyat hilang kerja dan tukar sumber rezeki kesan pandemik. Saya percaya mereka yang terlibat dengan dunia pawagam juga melalui hal yang sama, termasuk para artis filem.
"Mungkin saya berfikiran pendek, saya bayangkan, jika seorang sahaja pembawa, dalam tempoh 2 jam berada dalam pawagam, tempat tertutup dan berhawa dingin, ia sangat berisiko. Bimbang bukan pecah rekod tayangan atau blockbuster, tapi pecah rekod Covid-19," coretnya di Instagram.
Dalam pada itu, Asma memohon maaf dan menegaskan ramai pihak membuat perbandingan isu pembukaan semula panggung wayang dengan masjid.
"Maaf sangat, daripada ruangan komen KKM banyak pihak yang buat perbandingan dengan masjid, mohon dibuka untuk kuliah dhuha dan lain-lain pengajian agama, namun kita akur dan yakin pihak berwajib buat keputusan terbaik mengikut situasi semasa. Kita masih perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan Endemik," tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen, ramai juga warganet yang bersetuju dengan pendapat Asma dan berharap agar pihak berkuasa dapat membuka masjid untuk memudahkan aktiviti ibadah.
Terdahulu, Kerajaan bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) untuk industri kreatif menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 9 September.
Kelonggaran itu tertakluk kepada penggiat atau pekerja serta pengguna yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 sahaja.
Aktiviti panggung wayang kepada individu lengkap vaksin adalah dengan kapasiti 50 peratus di ruang dewan tayangan.
BACA: SOP Fasa 1 PPN, Industri Kreatif Dapat Kelonggaran Kembali Bernyawa
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024