Laman Utama

Ustaz Kazim Dah Sembuh Dari Penyakit Kulit, Jalani Rawatan Alternatif Di Madinah

Gempak
06/11/2022
09:29 MYT
Sponsor Banner
Ustaz Kazim Dah Sembuh Dari Penyakit Kulit, Jalani Rawatan Alternatif Di Madinah
Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias mengakui keadaan kesihatannya semakin baik selepas menjalani rawatan alternatif di Madinah, Arab Saudi.
Menurutnya, penyakit kulit yang dihadapi sebelum ini telah pulih susulan rawatan selama empat hari yang dibuat pada awal September lalu.
Jelas beliau, keadaan kesihatannya itu dapat dilihat sendiri oleh orang ramai apabila dia tidak perlu lagi menutup muka seperti sebelum ini.
"Kalau tidak, saya kena pakai topeng, saya jumpa orang pun saya segan sebab dia boleh berdarah secara tiba-tiba," katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Menurutnya, tindakan itu diambil atas nasihat doktor memandangkan wajahnya tidak boleh terdedah secara terus kepada cahaya matahari.
Beliau turut mendapat beberapa tawaran doktor pakar daripada England, India dan Madinah untuk membantu mengubati penyakitnya.
Sebelum ini, Ustaz Kazim muncul dengan menutup sebahagian besar mukanya ketika menghadiri beberapa majlis ilmu bagi mengelak wajahnya daripada terkena cahaya matahari.
Dalam pada itu, Mohd Kazim turut memaafkan orang mana-mana individu yang mencercanya mengaitkan keadaan kesihatannya dengan pengumuman sebagai calon.
"Cercaan dan makian tak menjejaskan saya dan saya tak simpan dalam hati. Saya dah faham. Cuma saya harap jangan cerca sangat, gunalah bahasa baik," katanya.
SINAR HARIAN
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024