Laman Utama

Ulas Isu ‘Penyondol’ & Masalah Rumah Tangga, Yusuf Bahrin: “Kalau Saya Lemah…”

Maliah Surip
21/09/2023
03:55 MYT
Sponsor Banner
Ulas Isu ‘Penyondol’ & Masalah Rumah Tangga, Yusuf Bahrin: “Kalau Saya Lemah…”
Berkahwin pada 2021 dengan penyanyi Zizi Kirana, Yusuf Bahrin mengaku dalam pelayaran rumah tangga, mereka juga berdepan ujian.
Namun ujian yang datang dilalui dengan baik kerana kesefahaman dan sikap mereka berdua yang ‘sedar diri’.
Ini termasuklah saat keduanya berdepan situasi ‘disondol’, cuba ‘menyondol’ atau berbuat perkara tidak elok di belakang pasangan masing-masing.
“Ujian (dalam rumah tangga) mesti ada. Saya lelaki ujiannya lebih kuat. Di set penggambaran pergaulan lebih bebas. Ini bukan salahkan suasana tapi kelemahan saya sendiri. Jika saya lemah, habislah.
“Saya juga selalu ingat pesan mak. Kalau buat tak baik belakang isteri, pasti akan jadi tak baik pada saya semula.
“Jadi setakat ini tidak ada. Saya cuba elakkan benda yang berlaku di luar atau dalam set. Zizi pun setakat ini tidak ada (isu sondol),” kata Yusuf.
Zizi pula dengan positif berkata setiap apa yang belum berlaku jangan difikirkan secara berlebihan.
“Kita berdoa yang baik baik, ada dapat berita orang lain dapat dugaan, doa, tak perlu berlebih-lebihan risau, kita doa pada Allah,” ujarnya ringkas.
Justeru pasangan yang kini giat mempromosikan produk wangian Qamar keluaran mereka akan selalu bersama jika tidak terikat dengan pekerjaan masing-masing.
Ia antaranya Zizi akan menemani Yusuf di set, begitu juga pelakon yang tercalon dalam dua kategori Anugerah Telenovela 2023 itu akan berada di sisi isterinya saat dia melakukan persembahan.
“Pada permulaan kekok tapi bila sudah lama, rasa dia perlu ada, bila dia free dia ikut. Selain dapat beri mood yang baik sebenarnya saya lebih selesa ingin minta tolong pada isteri berbanding pembantu,” kata Yusuf.
Penyanyi lagu Pijak itu pula menyambung: “Kalau pergi show Yusuf akan teman, (beri) semangat ada di sebelah.”
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024