Laman Utama

Ubai Sebak, Menangis Di Hari Pernikahan - "Patutnya Arwah Mak Ada..."

Syafiqah Jalal
05/08/2023
04:39 MYT
Sponsor Banner
Ubai Sebak, Menangis Di Hari Pernikahan - "Patutnya Arwah Mak Ada..."
Pempengaruh media sosial, Ubai akui sebak ketika hadir di majlis pernikahannya dengan penyanyi, Shila Amzah, 33, yang berlangsung di Boathouse, Ampang Kuala Lumpur pagi tadi.
Ubai atau atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata dia tidak dapat menahan air mata kerana sedih mengenangkan arwah ibunya, Rohani Jamal yang baru sahaja meninggal dunia enam hari lalu.
"Sebak...sebab sepatutnya arwah mak ada jadi teringat dekat dia lah.
"Tapi bila ingat balik memang mak nak kami disatukan jadi Alhamdulilah hari ini kami disatukan dengan sekali lafaz," katanya ringkas.
Ubai ditemui Gempak sebaik sahaja selesai akad nikah dan sebelum menunaikan solat sujud syukur.
"Insya-Allah saya akan jadi suami dan ayah yang baik kepada Shila dan Seth," ujarnya.
Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 daripada Ubai manakala hantaran dirahsiakan.
Pasangan ini bakal melangsungkan dua resepsi dari kedua-dua belah pihak pada malam ini dan pada 13 Ogos ini.
Mereka telah melangsungkan majlis pertunangan pada 27 Mei lalu.
Untuk rekod, Shila bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.
BACA: Datang Sebentar, ND Lala Bergegas Tinggalkan Majlis Selepas Akad Nikah Shila & Ubai
BACA: Shila Amzah Sah Milik Ubai, Terima Mas Kahwin RM20,000​
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024