Laman Utama

Tyra Kamaruzzaman Dedah Sebab Jatuh Cinta Dengan Emran - “Saya Secara Peribadi Suka…”

Asyikin Mayudin
15/09/2023
08:55 MYT
Sponsor Banner
Tyra Kamaruzzaman Dedah Sebab Jatuh Cinta Dengan Emran - “Saya Secara Peribadi Suka…”
Sikap sentiasa mengutamakan keluarga membuatkan usahawan dan pempengaruh Tyra Kamaruzzaman jatuh hati dengan kekasihnya yang juga seorang pereka fesyen, Emran.
Menurut Tyra, kekasihnya itu juga mempunyai sifat keprihatinan yang tinggi apabila sentiasa memastikan dirinya berada dalam keadaan baik.
“Dia selalu buat perkara-perkara yang sweet contohnya memastikan saya sentiasa berada dalam keadan baik. Dia pun selalu ada masa untuk saya.
“Saya secara peribadi suka lelaki yang begitu. Orang yang akan ada selalu di sekeliling saya. Satu lagi dia juga boleh masuk dengan keluarga saya.
“Itu adalah perkara yang paling penting kerana saya seorang yang family oriented,” katanya ketika dia dan kekasihnya menjawab beberapa pertanyaan netizen menerusi sesi siaran langsung di TikTok.
Dalam masa sama, Tyra berkata keluarganya juga selesa menerima kehadiran Emran.
“Keluarga saya juga suka dan sayang dia. Itu yang buat saya selesa dan boleh bawa dia balik rumah keluarga. Mak pun masakkan untuk dia,” ujarnya.
Sementara itu, diajukan soalan mengenai perancangan untuk ke fasa yang lebih serius iaitu bertunang, Tyra menjawab dia meminta orang ramai mendoakan mereka.
“Apa yang saya boleh katakan, doakan yang baik-baik untuk kami berdua," ujarnya.
Dalam pada itu, Emran yang juga seorang pereka fesyen sempat berseloroh mengatkan dirinya bukan anak kepada individu berpengaruh atau Datuk.
Terdahulu, beberapa video memperlihatkan aksi mesra Tyra dan Emran mendapat perhatian ramai.
BACA SINI: Netizen Syak Tyra Kamaruzzaman Kini Bercinta Dengan Pereka Fesyen
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024