Laman Utama

Tunku Panglima Johor Duduki Tangga Ketiga GT Australia

Gempak
19/09/2022
18:42 MYT
Sponsor Banner
Tunku Panglima Johor Duduki Tangga Ketiga GT Australia
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim kini berada di tempat ketiga dalam senarai kedudukan pemandu GT Australia dengan mengumpul 105 mata.
Kenyataan Royal Press Office hari ini memaklumkan Tunku Panglima Johor mempamerkan prestasi baik dalam pusingan ketiga Cabaran Dunia GT Australia di Litar Sandown, Melbourne yang melabuhkan tirai semalam.
"Tunku Abdul Rahman bersama rakan sepasukan Shane Van Gisbergen telah merangkul kemenangan dalam perlumbaan pertama (pada Sabtu) dengan pemanduan cemerlang walaupun dalam cuaca hujan dan bertarung sengit sebelum mengakhiri perlumbaan kedua (semalam) di tempat ketiga," menurut kenyataan itu.
Pusingan seterusnya bagi musim 2022 akan berlangsung di Litar The Bend Motorsport Park, South Australia dari 14 hingga 16 Okt ini.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Sumber: Bernama
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024