Laman Utama

"Tun Mahathir Stabil, Beri Respon Baik Kepada Rawatan Lanjutan" - Marina Mahathir

Amri Hassan
22/01/2022
12:09 MYT
Sponsor Banner
"Tun Mahathir Stabil, Beri Respon Baik Kepada Rawatan Lanjutan" - Marina Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Menurut anaknya, Datin Paduka Marina, ayahnya sudah mula dirawat di IJN sejak dua hari lalu untuk menjalani rawatan lanjutan prosedur berkenaan yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari lalu.
"Keadaan beliau kini stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan tersebut,” jelasnya.
"Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya," kata Marina.
Turut berkongsi perkembangan terkini, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di media sosial beliau.
BACA: Pengamal Media Mula Berhimpun Di IJN, Pantau Perkembangan Tun Mahathir
Terdahulu, Dr Mahathir dilaporkan berada di Rawatan Rapi Koronari, IJN dan berada di bawah pemantauan rapat oleh pakar perubatan di situ.
Ahli Parlimen Langkawi itu dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif pada Jan 7 lalu sebelum dibenarkan pulang pada Jan 13.
Foto: FMT
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024