Viral

Tudung Baru Vivy Yusof Didakwa Ciplak Jenama Lain Lagi, Qi Razali & Model Sambilan Naik Hantu!

Amri Hassan
29/04/2020
05:25 MYT
Sponsor Banner
Tudung Baru Vivy Yusof Didakwa Ciplak Jenama Lain Lagi, Qi Razali & Model Sambilan Naik Hantu!
Pengacara Qi Razali menyatakan kekesalan terhadap tindakan usahawan selebriti Datin Vivy Yusof yang didakwa menciplak rekaan dan konsep koleksi terbaharu Duck daripada jenama tempatan lain, Soonaru.
Kata Qi, tindakan Vivy telah memusnahkan usaha dan cita-cita individu lain yang sebelum ini bertungkus-lumus untuk memajukan jenama mereka.
"Nak ciplak pun agak-agaklah. Aiyo, sepertimana saya katakan, PKP ini semua perangai sebenar keluar.
"Dia telah memusnahkan usaha dan cita-cita individu lain. Kita akan move on tetapi dia akan hidup dengan situasi ini.
"Saya tak boleh duduk diam dan tengok saja. Saya suspek pasukan dia pun ada kena mengena, come on, takkan semua rekaan dia buat sendiri.
"Tapi menjadi tanggungjawab dia untuk memecat pasukannya itu," kata Qi.
Terdahulu, model yang berkolaborasi dengan jenama berkenaan, Nia Atasha berkongsi luahan hati di Instagram Stories mengenai situasi memalukan itu.
"Dua tahun lepas saya mengeluarkan koleksi tudung yang saya reka ilustrasikan berkolaborasi dengan Soonaru.
"Selama enam bulan saya bekerja keras untuk memastikan kolaborasi ini berhasil.
"Tapi dua tahun kemudian iaitu hari ini, saya dapat tahu Duck menghasilkan sesuatu lebih kurang sama.
"Saya faham tiada apa yang original dan sesiapa sahaja boleh menginspirasikan dari mana-mana. Tetapi saya rasakan ia kurang tepat.
"Konsep kempen dan semuanya. Entahlah," tulis Nia.
Ramai dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan tindakan Vivy dan pasukannya tidak betul.
Namun, ada segelintir yang melihat seni itu suatu yang subjektif.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024