Laman Utama

#TravelMana: Tidur Dalam Kontena? Why Not! Lima Lokasi Hipster Ini Korang Wajib Lawat

Azwa Rahman
08/04/2021
08:38 MYT
Sponsor Banner
#TravelMana: Tidur Dalam Kontena? Why Not! Lima Lokasi Hipster Ini Korang Wajib Lawat
Terdapat pelbagai jenis penginapan menjadi pilihan rakyat Malaysia antaranya tepi pantai, homestay suasana kampung serta glamping.
Kalau anda masih mencari lokasi yang unik, apa kata kali ini cuba penginapan di dalam kontena.
Nama je dalam kontena tetapi keselesaannya hampir sama dengan bilik hotel bertaraf tiga bintang!
Kali ini, Gempak sediakan senarai penginapan unik dalam kontena yang wajib korang lawat.
1. Kasturi Cabin, Ulu Langat
Terletak hanya di Ulu Langat, Kasturi Cabin menjanjikan penginapan yang dikelilingi suasana alam semulajadi yang menenangkan.
Penginapan dalam kontena yang mewah ini sesuai untuk enam sekawan atau keluarga yang ingin lari dari kesibukan ibu kota tanpa perlu merentas negeri.
Lokasi: Jalan Pansoon, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor
Harga: Dari RM700 untuk satu malam
2. The Kabin, Kuala Selangor
Jika korang mencari lokasi unik menginap di dalam kontena dalam harga mampu milik, boleh cuba The Kabin yang terletak di Kuala Selangor.
The Kabin menawarkan palbagai variasi bilik daripada dua hingga enam orang. Suasananya yang berdekatan dengan Pantai Remis memberi korang akses mudah kepada segala restoran makanan laut segar di kawasan Jeram.
Lokasi: Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor
Harga: Dari RM150 untuk satu malam
3. Sarang By The Brook, Kuala Kubu Bharu
Kuala Kubu Bharu menjadi tarikan staycation bersama teman dan keluarga. Sarang By The Brook ini menawarkan penginapan ala-ala kembali ke hutan dengan suasana hijau.
Ia turut dilengkapi dengan kolam renang air garam, ia sangat sesuai untuk pasangan suami isteri yang mahu mencari penginapan tersembunyi yang menenangkan.
Lokasi: Jalan Seruling 20, Kuala Kubu Bharu 44000, Selangor
Harga: Dari RM180 untuk satu malam
4. Container Hotel, Kuala Lumpur
Terletak di tengah ibu kota Kuala Lumpur, Container Hotel adalah lokasi hipster dengan 16 bilik kontena tersedia untuk anda menginap.
Dengan bangunan eko yang unik, setiap bilik kontena dihiasi dengan pelbagai tema bersesuaian dengan jiwa tetamunya. Lebih menarik, ada bilik berasaskan kem untuk korang staycation bersama teman-teman.
Lokasi: Jalan Delima, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Harga: Dari RM130 untuk satu malam
5. Nafas Cube, Serdang
Jika anda nak menikmati suasana percutian ala agro pelancongan, di sini adalah tempat yang sempurna.
Nafas Cube terletak dalam kawasan pertanian milik MARDI iaitu di MAEPS, Serdang. Tetamu boleh menikmati kemudahan seperti kolam memancing, BBQ dan sesuai untuk sebarang majlis reunion ataupun team bulding.
Lokasi: Jalan MAEPS 4/1, 43400 Serdang, Selangor
Harga: Harga dari RM120 untuk satu malam
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024