Laman Utama

#TravelMana: Siap 2022, Merdeka 188 Diiktiraf Menara Kedua Tertinggi Di Dunia. Semak 11 Fakta Menarik Ini!

Azwa Rahman
03/12/2021
07:35 MYT
Sponsor Banner
#TravelMana: Siap 2022, Merdeka 188 Diiktiraf Menara Kedua Tertinggi Di Dunia. Semak 11 Fakta Menarik Ini!
Tiada negara lain dapat menandingi kehebatan bangunan pencakar langit tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa yang terletak di Dubai.
Namun sejarah membanggakan tercipta buat Malaysia apabila menara yang bakal siap tidak lama lagi, Merdeka 118 diiktiraf sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia serta tertinggi di Asia Tenggara.
Majlis menyempurnakan pemasangan puncak menara Merdeka 118 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi penanda aras industri di Malaysia sebagai menara ikonik untuk masa depan. Pemasangan puncak Merdeka 118 itu secara rasminya meletakkan menara tersebut sebagai menara kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa pada ketinggian 678.9 meter.
Harapan Ismail mahu melihat menara ini menjadi pemangkin baharu ekonomi bagi Kuala Lumpur, sekali gus melengkapi kawasan-kawasan lain yang sedang rancak membangun seperti KLCC dan KL Sentral.
Pembangunan Merdeka 118 juga dapat memberi peluang kepada masyarakat setempat terutamanya di kawasan yang berdekatan seperti Petaling Street, Kampung Attap serta Pudu untuk menjana ekonomi.
Menerusi laman sosial Twitter, akaun @SkycrappersMY berkongsi fakta-fakta menarik di sebalik pembinaan Merdeka 118 ini.
  1. Puncak menara (spire) Merdeka 118 sudah siap mencapai ketinggian penuh! PNB juga telah mengumumkan bahawa ketinggjan rasmi Merdeka 118 ialah 678.9 meter
  2. Menara ini melakar sejarah sebagai bangunan tertinggi di Asia Tenggara dan kedua tertinggi di dunia.
  3. Keseluruhan precint Merdeka 118 ini merangkumi pembangunan bercampur termasuklah Stadium Merdeka yang akan dibuka kepada awam untuk aktiviti riadah.
  4. 83 dari 118 tingkat menara utama menempatkan pejabat; 60 daripadanya akan diisi oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Baki tingkat selebihnya akan diisi oleh Park Hyatt.
  5. Di bahagian bawah akan menempatkan pusat membeli-belah, taman awam seluas 4 ekar, serta masjid baharu yang dapat memuatkan 3000 jemaah.
  6. Selain itu terdapat juga pusat jagaan kanak-kanak serta galeri dan anjung tinjau untuk sudut fotografi
  7. Di bahagian atas menara, terletak dek pemerhatian tertinggi di Asia Tenggara. Di sini, pengunjung boleh menikmati panorama 360° Kuala Lumpur.
  8. Malah, turut disediakan aktiviti-aktiviti mendebarkan untuk kaki aksi lasak seperti berjalan di luar menggunakan tali pada ketinggian 500 meter dari atas tanah
  9. Tiang puncak menara itu sendiri boleh dimasuki oleh pengunjung pada ketinggian 566 meter, seterusnya menjadikannya sebagai dek pemerhatian tertinggi di dunia!
  10. Lif panel kaca yang boleh dinaiki dari tingkat bawah hingga ke atas, untuk menyaksikan panorama dalam keadaan menaik pada kelajuan 8 meter sesaat.
  11. Walaupun spire sudah mencapai ketinggian penuh, projek Merdeka 118 ini masih belum siap dan masih dalam pembinaan. Menara dan taman awam dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua 2022.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024