Laman Utama

“Trauma & Memberontak” -Tetap Nak Kahwin Iqbal, Vida Nak Buat Solat Hajat Tenangkan Hati Cik B

Syafiqah Jalal
13/09/2021
11:42 MYT
Sponsor Banner
“Trauma & Memberontak” -Tetap Nak Kahwin Iqbal, Vida Nak Buat Solat Hajat Tenangkan Hati Cik B
Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida, 49, akui anak sulungnya Cik B masih tidak bersetuju ibunya mahu berkahwin dengan Iqbal Zulkefli, 27.
Kata Vida, beliau faham situasi Cik B yang masih trauma dengan sejarah perkahwinannya sebelum ini dan oleh itu bersikap memberontak.
“Cik B sekarang ni masih dengan keputusan dia dan tak boleh nak terima lagi situasi ini tapi saya faham trauma yang dilalui.
“Sebenarnya Cik B ni seorang yang protective…Dia trauma dan takut sejarah silam saya berulang lagi. Kegagalan saya bersama suami sebelum ni pun berlaku depan mata dia,” katanya kepada Gempak.
Vida atau turut dikenali dengan panggilan singkatan DSV itu dihubungi oleh Gempak selepas Cik B membuat kenyataan kepada media bahawa dia tidak bersetuju dengan keputusan ibunya untuk mendirikan rumah tangga dengan Iqbal.
BACA: Cik B Suspek Iqbal Suka Vida Bersebab, Tetap Tak Sebulu Dengan Bakal Bapa Tiri
Pun begitu, Vida memberitahu Iqbal yang pernah menjadi pembantu peribadinya sebelum ini akui terasa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Cik B yang menganggap cerita perkahwinan mereka sebagai konten pemasaran.
“Kenyataan Cik B memang memberi tamparan hebat buat Iqbal untuk telan semua ini.
“Tapi saya tetap mendoakan dan buat yang terbaik buat Cik B dengan melakukan solat hajat dan sebagainya supaya dia tenang dan tidak memberontak.
“Insya-Allah satu hari nanti saya harap dia boleh terima kehadiran papa baru…Walaupun muda tapi matang dan boleh membantu saya capai kebahagiaan kekayaan di dunia dan akhirat,” katanya lagi.
Sejak minggu lalu, nama pasangan ini menjadi sebutan warganet apabila dikatakan bakal berkahwin pada Disember ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024