Hiburan

“Tony Stark Is Not Ironman, I Am” - Alif Satar Berjaya Tamatkan Cabaran Dalam Masa 15 Jam!

Azwa Rahman
27/10/2019
10:43 MYT
Sponsor Banner
“Tony Stark Is Not Ironman, I Am” - Alif Satar Berjaya Tamatkan Cabaran Dalam Masa 15 Jam!
Penyanyi dan pengacara Alif Satar melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menamatkan kesemua cabaran Ironman Langkawi dalam masa 15 jam 5 minit.
Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 29, berkongsi berita baik itu di Instagram (IG) miliknya.
“What an amazing feeling. Alhamdulillah berjaya selesaikan. Mungkin ini perkara paling gila saya pernah buat.
“3.8km berenang, 40km berlari dan 180km berbasikal, semuanya dalam masa 15 jam 5 minit dan 49 saat,” tulis Alif sebagai kapsyen.
Malah, Alif tidak sabar untuk berkongsi cerita bersama dengan pengikutnya.
Berkongsi kegembiraan menyelesaikan semua cabaran, wargamaya turut mengambil peluang memberikan ucapan tahniah di ruangan komen.
Ada rakan selebriti yang turut memanggil Alif dengan gelaran Ironman dan Tony Stark serta meraikan kejayaan Alif menamatkan kejohanan tersebut dengan cemerlang.
Terdahulu, Alif mencatatkan masa enam jam 42 minit untuk menamatkan perlumbaan yang keseluruhannya sejauh 112.7km itu, melibatkan berenang sejauh 1.6km, berbasikal 90km dan berlari sejauh 21.1 km.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024