Hiburan

“Tok Dah Berusia 78 Tahun Tapi Tetap Cantik” - Cucu Seniwati Sarimah Ahmad Kongsi Momen Indah Bersama Nenek

Azwa Rahman
29/04/2020
07:18 MYT
Sponsor Banner
“Tok Dah Berusia 78 Tahun Tapi Tetap Cantik” - Cucu Seniwati Sarimah Ahmad Kongsi Momen Indah Bersama Nenek
Cucu kepada seniwati terkenal, Datuk Hajjah Sarimah Ahmad yang dikenali sebagai Sadiq tular di laman sosial apabila berkongsi momen indah bersama neneknya.
Menerusi laman sosial Twitter, Sadiq menerusi akaun @sadiqqasque berkongsi beberapa keping foto dia dan seniwati Sarimah untuk tatapan umum. “Bila membesar, saya nak jadi seperti dia. Tok dah berumur 78 tahun dan tetap nampak cantik. Sedih tak dapat beraya sekali tahun ni. Semoga tok sentiasa sihat dan cantik, I love you tok!
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan tok. Baru je telefon tok tadi, dia cakap seharian dapat panggilan tak henti. Alhamdulillah ramai yang mendoakan Tok hehe,” tulis Sadiq lagi menerusi bebenang kicauan.
Apa yang menarik perhatian wargamaya apabila Sadiq turut berkongsi wajah terkini Sarimah yang kelihatan cantik dan sihat.
Malah, Sadiq turut memberitahu satu fakta menarik di mana semasa neneknya menjalani penggambaran filem Madu Tiga, Sarimah sedang hamil bapa Sadiq. Dari filem itulah Sarimah memberikan nama Jamil kepada anaknya dan kebetulan Jamil berkahwin dengan isterinya bernama Rohani.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya mendoakan agar Sarimah diberikan kesihatan yang baik.
Tidak kurang juga ramai yang turut berkongsi dialog kegemaran mereka menerusi filem-filem lakonan Sarimah.
“Saya paling ingat ayat 'Sampai abang jamil mampos' hahaha omg cantiknya dia! Timeless beauty, major love,” komen seorang wargamaya.
“Muka macam di sana tu, sekali disini ketik, 10 yang datang tau" Cantik sangat, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,” doa seorang wargamaya.
“Semoga tok awak panjang umur selalu. Sekarang kan filem-filem klasik di tayang waktu subuh kan. Baru je lepas tengok 3 Abdul,” kata seorang wargamaya.
“Teringat watak seniwati Sarimah sebagai Marjinah dalam Ali Baba Bujang Lapok. Kata umurnya 18 tahun ya dalam tu? Tapi seniwati Sarimah memang cantik. Moga Allah SWT panjangkan umur beliau dan diberi kesihatan yang baik,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Sarimah merupakan antara pelakon generasi Tan Sri P. Ramlee yang masih sihat.
Antara filem-filem terkenal Sarimah adalah seperti Madu Tiga, Tiga Abdul, Ibu Mertuaku, Ali Baba Bujang Lapok dan banyak lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024