Laman Utama

Tiru Karakter Sampai Dapat Standing Ovation Juri Di Final MLS2, Atu Mohon Maaf Kepada Anuar Zain

Maliah Surip
10/04/2021
05:50 MYT
Sponsor Banner
Tiru Karakter Sampai Dapat Standing Ovation Juri Di Final MLS2, Atu Mohon Maaf Kepada Anuar Zain
Final Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) sudah pun melabuhkan tirainya selepas 10 minggu bersiaran, malam tadi.
Sebanyak empat kumpulan iaitu Heart, U.N.I, Viral dan Janggo memberikan tentangan sengit dalam pentas final tersebut.
Selain Danial menepati ramalan menerima gelaran Superstar musim ini dan kumpulannya Heart menjadi juara, salah seorang peserta MLS 2 yang cukup menarik perhatian pada pentas final tersebut adalah Atu.
Menjadi salah seorang anggota kumpulan U.N.I yang turut disertai Fad dan Fakhrul Unic, gelagat Atu pada persembahan kedua menggamit perhatian.
Dia yang tampil dengan karakter Anuar Zain dan berpenampilan kemas berambut lurus sambil mendendangkan lagu milik penyanyi terkenal negara itu mencuit hati bukan sahaja hati penonton tetapi juga tiga juri tetap iaitu Datuk Awie, Fazura dan Zul Ariffin sehingga mendapat standing ovation.
Malah, U.N.I yang merupakan naib juara juga mendapat lima bintang menerusi persembahan dengan tema bebas tersebut.
Usai final MLS, Atu memuat naik foto bersama isterinya, Shafeeqa Johari yang disifatkan sebagai tulang belakangnya selama ini.
Dalam muat naik yang sama, Atu berterima kasih kepada semua yang telah menyokongnya.
Selain itu, Atu juga memohon maaf kepada semua termasuk Anuar Zain kerana telah meniru karakter penyanyi yang terkenal dengan lagu Sedetik Lebih itu.
"Salam semua. Alhamdulilah, terima kasih semua. Terima kasih biniku @shafeeqajohari antara sup tulang belakang saya.
"Saya memohon maaf kepada semua terlebih terkurang.
"Dan kepada abang @anuarzain70 saya memohon maaf yaaa tiru karakter," tulisnya.
Pentas final MLS2 menyaksikan kumpulan Heart diumumkan sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.
Tempat kedua menjadi milik kumpulan U.N.I yang membawa pulang wang tunai RM75,000 sementara kumpulan Viral membawa pulang wang tunai RM50,000 sebagai pemenang tempat ketiga.
Tempat ketiga menjadi milik kumpulan Viral yang memenangi hadiah wang tunai RM50,000
Janggo pula akur di tempat keempat dengan menerima wang tunai RM25,000.
Keempat empat finalis juga turut membawa pulang trofi.
Sementara itu, sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM10,000 didermakan kepada badan kebajikan yang dipilih iaitu Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al Fattah Semenyih.
Kesemua bintang diadili 50% daripada juri tetap, Datuk Awie, Zul Ariffin dan Nur Fazura manakala 50% lagi adalah undian.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024