Hiburan

"Tiga Tahun Tunggu Zuriat...Kami Memang Mahu Anak Lelaki!" - Anzalna Rai Ulang Tahun Kelahiran Pertama Eidrees

Asraf Aided
31/05/2020
10:25 MYT
Sponsor Banner
"Tiga Tahun Tunggu Zuriat...Kami Memang Mahu Anak Lelaki!" - Anzalna Rai Ulang Tahun Kelahiran Pertama Eidrees
Anak kepada aktres Anzalna Nasir, Mohamad Eidrees telah memasuki usia setahun pada hari ini.
Sempena hari istimewa anaknya itu, Anzalna mengimbas kembali kenangan sebelum hamil.
"Selamat ulang tahun kelahiran pertama anakku, saya ambil masa tiga tahun untuk hamil.
"Ketika saya tahu saya mengandung anak lelaki, saya sangat gembira, ya kami berdua memang mahu anak lelaki," tulis Anzalna di Instagram.
Tambah Anzalna, Eidrees telah dilahirkan beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.
"Saya melahirkan Eidrees beberapa hari sebelum raya, sebab itulah saya menamakan dia EIDrees, ia merupakan detik yang tak dapat dilupakan.
"Saya suka melihat dia membesar menjadi kanak-kanak yang gembira, Alhamdulillah," tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Anzalna telah mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kebaikan buat Eidrees.
Anzalna mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 31 Mei 2019.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024