Laman Utama

Tiga Banduan Liwat 'Junior' Dihukum Penjara, Sebat!

Gempak
02/06/2023
02:55 MYT
Sponsor Banner
Tiga Banduan Liwat 'Junior' Dihukum Penjara, Sebat!
Tiga banduan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu, Kelantan, pada Khamis selepas mengaku bersalah meliwat seorang banduan lain Februari lalu.
Kesemua mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di Pusat Pemulihan Akhlak Machang.
Tertuduh, Muhammad Tarmizi Mohd Sandy, 25; Wan Zulharie Wan Mustapha dan Mohamad Ariff Emeran masing-masing 32 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Hakim sebelum membuat keputusan itu memberitahu, kes berkenaan sangat serius dan mendatangkan kesan trauma yang tidak berbelah bahagi kepada mangsa.
Mengikut pertuduhan yang dibuat secara berasingan, ketiga-tiga mereka didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa yang berusia 26 tahun dan merupakan banduan baharu.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377B KAnun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Sebelum itu, Wan Nurul Hanini memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dan boleh memberi kesedaran kepada masyarakat berikutan ketiga- tiga tertuduh sedang menjalani hukuman lain di penjara itu.
Pendakwaan turut mengemukakan alasan tertuduh sepatutnya berkelakuan baik ketika sedang menjalani hukuman.
Mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap ketiga-tiga tertuduh dari tarikh dituduh.
Sumber: Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar