Hiburan

"Tiada Special Treatment, Farid Kamil Dilayan Seperti Banduan Lain" - Penjara

Kamaruddin Razal
17/05/2019
01:24 MYT
Sponsor Banner
"Tiada Special Treatment, Farid Kamil Dilayan Seperti Banduan Lain" - Penjara
Status sebagai artis atau selebriti bukanlah menjadi satu penyebab untuk mendapat layanan istimewa di penjara.
Setiap pesalah yang disabitkan dengan hukuman penjara menerima layanan yang sama rata sebagai seorang banduan.
Menurut laporan MStar Online, perkara itu bakal dilalui oleh aktor dan pengarah Datuk Farid Kamil sepanjang dia menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang, Selangor.
"Seperti banduan-banduan lain, Farid Kamil akan dilayan sama rata. Tiada istilah artis, orang kenamaan, berpangkat atau berjawatan besar diberikan layanan berbeza atau istimewa apabila mereka menjalani hukuman di penjara.
BACA: Salah Guna Dadah, Datuk Farid Kamil Ke Penjara Kajang!
"Apabila disabitkan hukuman penjara, sesiapa pun adalah sama sebagai banduan dengan kesalahan dan tempoh hukuman yang berbeza," kata sumber Penjara mengenai Farid yang kini ditempatkan di penjara itu untuk menjalani hukuman.
Farid dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) tahun lalu.
BACA: Dipenjara 9 Bulan, Diana Danielle Tetap Sayangkan Farid Kamil Walau Apa Pun Berlaku
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nor Ariffin Hisham serta Farid turut diperintahkan untuk berada di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.
Sumber: MStar Online
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024