Berita

"Tiada Simptom Tapi Penat Sikit" - Shahril Hamdan Positif COVID-19 Selepas Balik Berkempen Di Sabah

Amri Hassan
23/09/2020
03:48 MYT
Sponsor Banner
"Tiada Simptom Tapi Penat Sikit" - Shahril Hamdan Positif COVID-19 Selepas Balik Berkempen Di Sabah
Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan menjadi pemimpin politik terbaharu yang disahkan terkena jangkitan COVID-19.
Perkara itu dikongsikan beliau sendiri melalui ciapan di akaun Twitternya, pada Rabu.
"Positif COVID-19. Tiada simptom yang ketara melainkan penat sedikit.
"Buat keputusan untuk ambil ujian semalam di Kuala Lumpur sebagai langkah berjaga-jaga selepas kes melonjak naik, kerana saya terlibat berkempen di Sabah.
"Baru menerima panggilan dan akan dimasukkan ke hospital hari ini. Saya memohon maaf atas kesulitan yang bakal dihadapi orang-orang yang menjadi kontak rapat saya,” katanya. Shahril telah berada di Sabah sejak beberapa hari lepas bagi menyertai Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).
Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mohd Razlan Rafii telah disahkan menghidap COVID-19 dan sedang dirawat di hospital.
Beliau dilaporkan membantu jentera pilihan raya di Parlimen Sipitang, dan kesemua kontak rapatnya telah melalui ujian saringan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024