Laman Utama

Tiada Layanan Istimewa Untuk Golongan 'Kayangan' Rentas Negeri - Ismail Sabri

Zulaikha Yusof
04/05/2021
20:50 MYT
Sponsor Banner
Tiada Layanan Istimewa Untuk Golongan 'Kayangan' Rentas Negeri - Ismail Sabri
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan tidak ada pengecualian dan layanan istimewa yang diberikan kepada golongan 'kayangan' untuk merentas negeri.
Menurut Ismail, setiap permohonan perlu mendapat kebenaran pihak polis termasuklah ketika dalam situasi kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh.
"Kuasa untuk menahan sesiapa yang rentas negeri adalah kuasa yang diberikan kepada pihak polis di sekatan jalan raya.
"Jadi saya percaya tidak ada pengecualian dari segi soal rentas negeri kecuali beberapa perkara tetapi tetap perlu mendapat kebenaran daripada polis.
"Saya difahamkan dari segi kesahihan itu yang kadang-kadang membuat polis tidak membenarkan. Saya dimaklumkan juga untuk hujung minggu, permohonan untuk rentas negeri mencecah 40,000 sehari," katanya.
Semalam, Ismail mengumumkan enam daerah di Selangor dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 6 sehingga 17 Mei ini.
Enam daerah terbabit adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024