Hiburan

#ThrowBackGempak2019 : Fenomena Boba Hinggalah Ke 'Baby Sayang', Ini Kisah Paling Viral 2019!

Badrul Hashim
30/12/2019
04:30 MYT
Sponsor Banner
#ThrowBackGempak2019 : Fenomena Boba Hinggalah Ke 'Baby Sayang', Ini Kisah Paling Viral 2019!

Tahun 2019 boleh dianggap sebagai tahun yang agak meriah dengan kisah-kisah viral, tidak kiralah isu makanan atau kejadian aneh dan pelik.

Dunia sosial media pastinya tidak pernah sepi dengan isu atau kontroversi ‘panas’.
Gempak senaraikan kisah viral yang menjadi tumpuan tahun ini.

#1 Fenomena Boba

Minuman ‘bubble tea’ atau boba tea telah mencetuskan fenomena sekitar awal 2019 apabila banyak jenama baru muncul di pasaran.
Ada saja gambar boba tea ini dimuat naik di media sosial.
Isu berkaitan status halal dan kandungan gula berlebihan juga menjadi perdebatan ‘hangat’ netizen.

#2 Baby Sayang Mira Filzah

Pelakon Mira Filzah terkejut apabila perkataan dari sedutan rakaman 'live chat' itu diguna secara meluas termasuk golongan selebriti.
Malah ‘Baby sayang’ telah menjadi kata-kata yang menjenamakan Mira Filzah, sehinggalah hari ini. Melekat terus!

#3 FaceApp Jadi Tua

Jangan lupa, laman sosial pernah 'dibanjiri' dengan gambar individu yang disunting menjadi tua menggunakan aplikasi FaceApp.
Kegilaan ini bukan hanya melanda warganet biasa, malah ia turut menjadi tumpuan ramai selebriti tempatan.
Antara yang menarik perhatian termasuklah Zizan Razak, Sufian Suhaimi, PU Rizz, Hael Husaini, Elyana serta Datuk Ramli MS.

#4 Meme Kucing Garang Dan Wanita Menangis

Meme tersebut menampilkan wanita yang menangis dan kucing garang yang sedang duduk di meja makan.
Apa yang membuat meme ini viral apabila wanita tersebut menyebut ejaan yang betul dan kucing tersebut dengan selamba membacanya dengan ejaan yang salah.

#5 Photoshoot Baju Pengantin Di Tanah Perkuburan Kristian

Kecoh apabila beberapa keping foto ‘pengantin perempuan’ mengadakan sesi fotografi di tanah perkuburan Kristian viral di media sosial.
Gambar itu mencetus kemarahan netizen yang menganggap perbuatan tersebut sebagai tidak menghormati tanah perkuburan agama lain.

#6 Ainul Selamat Dibedah Di London

Kisah bayi sembilan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap ketumbuhan di mulut juga antara topik viral tahun ini.
Pembedahan membuang tumor seberat 200 gram di London itu turut membabitkan doktor bedah Malaysia, Dr. Amalina Bakri.
Prosedur itu turut melibatkan beberapa pakar bedah lain termasuk pediatrik, craniofacial, plastik serta kepala dan leher.

#7 Budak SPM Dah Macam Anakku Sazali

Kecoh di media sosial apabila gambar sekumpulan pelajar menunggang motosikal yang berhimpun selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) viral.
Pelajar tersebut dikatakan menunggang motosikal secara melulu di beberapa kawasan tumpuan pelancong di Melaka termasuk di Pantai Klebang, Pantai Puteri dan Bandar Hilir.

#8 Raja Permaisuri Agong Tutup Akaun Twitter?

Kecoh apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Twitternya.
Titah Raja Permaisuri Agong, dia menutup akaun tersebut bukan disebabkan sedih, terluka atau marah dengan komen sesetengah pihak.
Perkara itu sebaliknya dibuat atas alasan peribadi.

#9 White Rabbit Tak Halal?

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hal ehwal agama, Fuziah Salleh mengesahkan gula-gula tersebut mengandungi gelatin yang tidak halal.
Menurut beliau, status halal gula-gula White Rabbit itu dibuktikan menerusi beberapa siri ujian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

#10 Lagu Baru Didi & Friends

Lagu baru berjudul Mengantuknya Mumia telah menjadi viral bukan hanya kanak-kanak malah dalam kalangan remaja dan dewasa.
Ramai memuji kelainan melodi dan konsepnya yang ditampilkan lebih catchy dan segar.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024