Laman Utama

Tewas Kepada India, Malaysia Terkandas Di Suku Akhir Piala Thomas 2022

Azwa Rahman
13/05/2022
03:57 MYT
Sponsor Banner
Tewas Kepada India, Malaysia Terkandas Di Suku Akhir Piala Thomas 2022
Cabaran skuad badminton negara berakhir di peringkat suku akhir selepas tewas mengejut 2-3 kepada India pada perlawanan Piala Thomas 2022 yang berlangsung di Bangkok, Thailand sebentar tadi.
Skuad negara bermula dengan langkah kanan selepas jaguh perseorangan negara, Lee Zii memberikan mata pertama menewaskan pemain India, Lakshya Sen 23-21 dan 21-9 dalam tempoh 46 minit.
Hasrat skuad negara untuk meraih mata kedua menerusi gandingan beregu pertama, Goh Sze Fei- Nur Izuddin suku akhir tidak kesampaian apabila kecundang 19-21 dan 15-21 dalam tempoh 41 minit kepada Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.
Pemain muda, Ng Tze Yong yang turun selaku perseorangan kedua nyata bukan tandingan buat Kidami Srikanth apabila dia mudah ditewaskan lawan dengan keputusan 11-21 dan 17-21 dalam tempoh 41 minit.
Beregu kedua negara, Aaron Chia-Teo Ee Yi memastikan perjuangan Malaysia diteruskan setelah menewaskan Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjala dengan keputusan 21-19, 21-17 untuk kedudukan 2-2.
India akhirnya mengesahkan kemaraan ke pentas separuh akhir menerusi kemenangan perseorang ketiga mereka, Prannoy H.S yang menewaskan Leong Jun Hao dengan keputusan straight set 21-13, 21-8.
Sementara itu di laman Twitter, ramai wargamaya meluahkan rasa kecewa mereka namun pada masa yang sama berbangga dengan prestasi cemerlang pasukan badminton negara.
“Sedikit sedih namun tidak mengapa, rezeki mungkin di 2024,” komen seorang wargamaya.
“Bukan salah Jun Hao, bukan salah Tze Yong atau Izzudin/Sze Fei. Kita kena terima hakikat perseorangan lelaki yang ada di ABM masih jauh lagi kualitinya dengan lawan, dan silap tidak bawa June Wei/Joo Ven,” komen seorang wargamaya.
“Team MAS is getting better this season. We already have a solid MD and even scratch pairs. Should focus more on progress than result. Thank you team MAS, thank you coaches,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sebagai rekod, kali terakhir skuad negara menang Piala Thomas adalah pada edisi 1992 di Kuala Lumpur.
Sumber: Kosmo Online
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024