Berita

Tetap Kacak! David Beckham Jadi Warga Emas 70 Tahun Dalam Kempen Penyakit Malaria

Maliah Surip
04/12/2020
13:35 MYT
Sponsor Banner
Tetap Kacak! David Beckham Jadi Warga Emas 70 Tahun Dalam Kempen Penyakit Malaria
Pesohor bola sepak dunia, David Beckham baru baru ini diberikan 'wajah baharu' secara digital sempena sebuah kempen sebuah organisasi bebas berkaitan penyakit Malaria dengan nama Malaria No More.
Lelaki berusia 45 tahun itu diberi sentuhan digital sehingga menampakkan dirinya seperti warga emas berumur 70 tahun.
Perubahan menjadi warga emas itu adalah pertama kali seumpamanya dilakukan ke atas suami Victoria Beckham ini. Walaupun penampilannya telah diubah menjadi warga emas, Beckham tetap kelihatan kacak.
Sementara itu melalui kempen tersebut, pemain bola yang pernah bermain untuk LA Galaxy dan AC Milan ini divisualkan dalam sebuah video dengan memperlihatkan perubahan usianya dari 30 sehingga 70 tahun.
Kempen itu cuba memberi pengetahuan dan meminta pengguna media sosial untuk mewar warkan tentang penyakit Malaria yang dipercayai boleh dikalahkan.
Beckham dilihat menyampaikan mesej: "Saat ini, pertempuran melawan (Malaria) menjadi semakin suka.
"Dan sebagai seorang bapa, hati saya remuk apabila mendapat tahu ada bayi yang meninggal dunia setiap dua minit kerana Malaria.
"Mari bersama saya dan beritahu kepada dunia bahawa kita mampu mengalahkan Malaria supaya lebih banyak nyawa dapat diselamatkan pada masa hadapan."
Menurut laporan CNN, Malaria telah membunuh lebih 400,000 nyawa dalam setahun, dengan kebanyakannya adalah kanak kanak di bawah usia lima tahun.
Penyakit Malaria didapatkan dari gigitan nyamuk betina.
Kredit Foto: CNN, Luxatic
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024