Nusantara
Tersingkir Minggu Keempat AsNTM6, Ini Bingkisan Terakhir Rubini
Peserta tunggal Malaysia dalam Asia's Next Top Model 6 (AsNTM6), Rubini Sambanthan gagal meneruskan perjuangan ke peringat seterusnya apabila tersingkir pada episod keempat malam tadi.
Bagaimanapun, Rubini, 27, akui telah melakukan sehabis baik mewakili Malaysia untuk ke pertandingan itu.
"Hari ini merupakan hari penyingkiran saya, sejujurnya saya memberikan sepenuh hari dan jiwa saya sepanjang pertandingan ini dan berbangga dapat menjadi diri saya sendiri.
"Bersikap profesional sepanjang sesi penggambaran sangat sukar bagi saya, tak kira saya penat, sakit, tertekan, saya tidak berputus asa.
"Buat semua rakan-rakan di Malaysia, saya telah membuat sehabis baik, saya menjaga maruah dan kebanggaan negara saya sehingga peringkat ini," tulisnya di Instagram.Menyertai AsNTM6 selepas kematian abang sulungnya, Rubini akui penyertaannya dalam pertandingan itu amat sukar."Apabila saya dijemput menyertai AsNTM6, hidup saya kucar-kacir dan baru kehilangan abang sulung saya akibat depresi."Saya tak yakin, patutkah saya menyertai pertandingan ini, tetapi saya sentiasa mahu memberikan inspirasi kepada wanita di luar sana."Saya mahu semua wanita mampu melakukan apa jua yang diinginkan."Saya meninggalkan ibu bapa saya ketika masih berkabung untuk AsNTM6 demi memberikan inspirasi kepada semua bahawa jangan sesekali membunuh impian kalau rasakan sukar," tambahnya.Teruskan ikuti perjuangan lapan peserta lain dalam AsNTM6 yang bersiaran di saluran Astro 711 dan 722 (Fox Life dan Fox Life HD) serta saluran unifi TV 455 setiap Rabu pukul 9 malam.
Must-Watch Video