Berita

Tersinggung Stesen TV Hina Mendiang Bapa, Watson Nyambek Ambil Tindakan Undang-Undang

Fiza Kamarudin
23/04/2017
07:41 MYT
Sponsor Banner
Tersinggung Stesen TV Hina Mendiang Bapa, Watson Nyambek Ambil Tindakan Undang-Undang
Bekas pelari pecut negara sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah stesen televisyen, kerana menghina mendiang bapanya menerusi sebuah program komedi.
Watson yang juga bekas pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter, kecewa dan berang apabila stesen televisyen itu menyamakan bapanya yang meninggal dunia tiga tahun lalu dengan binatang.
“Saya ada menonton episod itu dan berasa tersinggung serta sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.
“Saya tidak tahu motif sebenar stesen televisyen tersebut tapi ini satu penghinaan kepada bapa saya,” katanya.
Watson berkata, stesen televisyen seharusnya peka dengan sensitiviti masyarakat dan individu, terutama yang sudah meninggal dunia.
Tambah Watson lagi, tindakan tersebut amat jelas tidak menghormati sensitivi keluarga serta saudara-mara mendiang bapanya.
Terdahulu, Watson memuat naik entri di laman Facebooknya untuk meluahkan rasa tidak puas hati kepada stesen televisyen tersebut.
“Orang hina saya miskin, bankrap, tak ada apa saya terima, nak ketawakan saya apa boleh buat, nasib kita macam tu, tapi bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan,” tulisnya.
Luahan Watson mendapat reaksi ratusan netizen yang mahunya menyaman stesen televisyen terbabit dan mengutuk tindakan rancangan tersebut kerana menghina orang yang sudah meninggal dunia.
Sumber: Bernama
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024